Sebelum ini, ia telah dijangka diperkenalkan pada suku ke-4 2021 ini, namun dilihat tertangguh disebabkan oleh masalah bekalan semikonduktor.
Terbaru, mengikut laporan SamMobile, Samsung dijangka memperkenalkan Galaxy S21 FE pada awal tahun 2022 kelak dibawah acara tahunan CES 2022.
CES 2022 dijangka diadakan pada 5 Januari di Las Vegas. Samsung sedia menghadirkan diri pada acara CES beberapa kali pra-COVID, dan memperkenalkan pelbagai peranti, termasuk televisyen.
Dengan pelbagai pengeluar kini menghadapi masalah bekalan, mungkin tiada sebarang pesaing yang memperkenalkan telefon pintar pada acara CES 2022, dan mungkin Samsung dapat mencuri perhatian ramai pada acara berkenaan.
Selain Galaxy S21 FE, Samsung turut diwar-warkan mungkin memperkenalkan Galaxy S22 pada awal bulan Februari tahun 2022.
Sumber: Amanz & SamMobile