Fizo Omar berkongsikan isunya diisytiharkan muflis masih belum selesai meskipun sudah 9 tahun berlalu.
Fizo berkata sehingga hari ini dia masih lagi bankrap dengan jumlah yang sama iaitu sebanyak RM8 juta.
“Saya masih lagi bankrap dengan jumlah yang sama. Dah masuk tahun ke-9 saya diisytiharkan bankrap. Tapi saya sentiasa percaya, apa sahaja semangat yang saya ada sekarang adalah hasil daripada dugaan tersebut
– Fizo Omar
“Sebagai manusia biasa, bila kita ‘tersepit’, kita akan cari jalan bagaimana untuk berjaya,â€
Meskipun berdepan masalah tersebut, Fizo berkata kehidupannya kini bertambah baik serta meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang tidak putus diberikan kepadanya.