Berlangsung di En Yuan Old Folk Homedan Yayasan Sunbeams Home semalam (8 Januari), aktiviti penuh bermakna ini dihadiri oleh selebriti-selebriti yang sering menjadi wajah kepada 8TV seperti Emily Chan, Orange Tan, Henley Hii, Haoren, Pauline Tan, Rickman Chia, Natalie Ng, Gary Yap, Chrystina Ng, Lynn Lim, Ley Teng, Jan Chin, Wind Lee, Desmond Tey, Baki Zainal, Joey Leong, Ziah Zhang, Happy Gan, dan  Wee Ping untuk menceriakan suasana serta beramah mesra dengan para penghuni.

Sambutan Ulang Tahun 8TV Lebih Bermakna Dengan Aktiviti Amal Kempen “CNY SO HAPPYâ€
Menurut Encik Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad,
“Jutaan terima kasih diucapkan kepada para penonton 8TV yang tidak pernah henti memberi sokongan kepada kami sehingga kini. Sokongan anda semua akan kami jadikan dorongan untuk sentiasa memastikan bahawa setiap kandungan yang disiarkan di 8TV adalah yang paling bagus dan berkualiti. Selain itu, kami juga berharap untuk mengadakan pelbagai aktiviti yang boleh mendekatkan lagi para penonton dengan 8TV pada masa akan datang.â€
– Encik Johan Ishak
“Bertepatan dengan tema Tahun Baharu Cina bagi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad kali ini iaitu CNY So Happy yang berkongsi erti keikhlasan dan memberi daripada hati, kami mahu orang ramai lebih rasa disayangi dan dihargai menjelang perayaan yang bakal tiba Februari nanti. Keikhlasan amat penting, mahal atau murah sesuatu pemberian itu, ianya bukanlah ukuran. Paling utama, kita perlu sentiasa ingat untuk mendoakan agar insan tersayang akan hidup sejahtera dan bahagia sepanjang tahun.”
– Encik Johan
Membawakan tema “memberi”, kempen CNY So Happyingin menyampaikan mesej agar orang ramai sentiasa ingat untuk memberi sesuatu dengan hati yang ikhlas.

Tidak kira murah atau mahal, harga sesuatu barangan yang ingin diberi bukanlah ukuran tahap keikhlasan seseorang. Apa yang penting adalah kita harus sentiasa ingat untuk mendoakan agar insan tersayang akan hidup sejahtera dan bahagia sepanjang tahun.
Bahang Tahun Baharu Cina semakin dirasai, rancakkan lagi perbualan mengenai CNY So Happy di laman sosial media anda dengan #cnysohappy! Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.xtra.com.my/cnysohappydan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter danInstagram 8TViaitu @8TVchinese.







