Brïk, sebuah jenama beg yang telah mencuri perhatian ramai penggemar fesyen, akan meraikan ulang tahun pertamanya dengan penuh gaya dan glamor. Diasaskan oleh dua pasang adik-beradik, Amirrul dan Nashrul, serta Brina dan Kira, Brïk telah berkembang pesat dalam tempoh satu tahun ini dan menjadi pilihan utama bagi mereka yang mencari beg dengan reka bentuk yang unik dan berkualiti.
Keluarga Baru Brïk: Perkenalkan 21 Warna dan Reka Bentuk Baharu
Sempena ulang tahun ini, Brïk dengan bangganya memperkenalkan 21 produk beg baru yang datang dalam pelbagai warna dan reka bentuk. Setiap beg ini direka khas untuk memenuhi keperluan dan citarasa pencinta fesyen. Dengan kemasukan warna-warna baru dalam koleksi Chroma yang sudah pun menjadi kegemaran ramai, Brïk kini menawarkan lebih banyak pilihan untuk para penggemarnya.
Denim Chroma dan Posh Tote: Tambahan Menarik dalam Koleksi Brïk
Salah satu keluaran baru yang pasti akan menarik perhatian adalah Denim Chroma Bag. Dengan sentuhan klasik denim, beg ini memberikan gabungan yang sempurna antara gaya dan kepraktisan. Sesuai untuk semua jenis majlis, Denim Chroma pasti menjadi pilihan utama bagi mereka yang mencari beg yang versatile.
Bagi penggemar beg tote, Brïk memperkenalkan Posh Tote yang diperbuat daripada fabrik satin berkualiti tinggi. Beg ini bukan sahaja elegan, tetapi juga sangat praktikal untuk digunakan dalam pelbagai situasi, sama ada untuk dibawa ke pejabat atau digunakan sebagai beg harian bagi para ibu yang sibuk.
Tidak ketinggalan, Petite Chroma (Crossbody Bag) yang diilhamkan daripada ‘best selling chroma’ Brïk, kini hadir dalam versi mini. Beg ini boleh dipakai secara crossbody atau sebagai dompet kecil, menjadikannya aksesori yang ideal untuk melengkapkan gaya harian.
Majlis yang Penuh dengan Aktiviti Menarik
Ulang tahun pertama Brïk tidak akan lengkap tanpa kehadiran tetamu istimewa, termasuk pempengaruh terkenal dari Malaysia dan Indonesia. Antara mereka yang bakal memeriahkan majlis ini adalah Baim Wong, Paola Serena, Tyna Dwi Jayanti, Hellua Schuldt Hadi, Catherine Sumitri, dan Cindy Karmoko dari Indonesia. Mereka akan bergabung bersama pempengaruh tempatan seperti Leona, Yaya Zahir, Pinn Yang, Johanis Sani, dan Azfarheri.
Selain itu, pelbagai aktiviti interaktif turut disediakan untuk para tetamu. Anda boleh menggubah bunga sendiri dari prettybunga atau menangkap momen istimewa di photobooth atau bilik foto khas yang disediakan. Ini semua adalah sebahagian daripada pengalaman yang Brïk ingin bawa kepada anda.
Jangan Lepaskan Peluang Ini!
Acara ini akan berlangsung pada 17 dan 18 Ogos 2024 di Rooftop, Level 4 Avenue K Shopping Mall. Jangan ketinggalan untuk menyertai kami dalam meraikan ulang tahun pertama Brïk dan menyaksikan sendiri koleksi terbaru yang penuh sensasi ini.
Sama ada anda seorang pencinta fesyen atau hanya ingin menikmati suasana yang menyeronokkan, majlis ini pasti menawarkan sesuatu yang istimewa untuk semua.
Informasi Acara:
Acara: Ulang Tahun Pertama Brïk
Tarikh & Waktu: 17 Ogos 2024 (10:00 AM – 9:00 PM) & 18 Ogos 2024 (10:00 AM – 6:00 PM)
Lokasi: Rooftop, Level 4 Avenue K Shopping Mall
Pempengaruh & Artis: Baim Wong, Paola Serena, Tyna Dwi Jayanti, Hellua Schuldt Hadi, Catherine Sumitri, Cindy Karmoko (Indonesia)
Pempengaruh & Artis Malaysia: Yaya Zahir, Leona, Azfarheri, Pinn Yang, Johanis Sani
Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman yang tak terlupakan bersama Brïk!