SEARCH yang dianggotai oleh Amy, Nasir, Hillary Ang dan Man Kidal hari ini mengumumkan bahawa ia telahpun menambah tarikh konsert bersejarah yang dinamakan KONSERT ENDEMIK.
Konsert tersebut kini akan berlangsung selama dua malam pada 4 dan 5 Jun 2022 di Zepp Kuala Lumpur – sebuah venue terbaru bertaraf antarabangsa di Bukit Bintang, Kuala Lumpur sebagai lokasi konsert yang sememangnya amat dinanti-nantikan oleh semua peminat SEARCH.
Rizal Kamal, Ketua Pegawai Eksekutif, LOL Asia, berkata, “Laman web jualan tiket KONSERT ENDEMIK mula dibuka pada jam 10 malam semalam (28 Jun 2022) dan setakat ini kesemua VIP Box telahpun berjaya dijual.
Tiket-tiket bagi kategori Platinum, Gold, Silver dan Rock Zone juga hampir kehabisan. Saya percaya status SEARCH sebagai kumpulan rock nombor satu di Malaysia dan juga fasiliti bertaraf dunia di Zepp KL menjadi faktor utama tiket KONSERT ENDEMIK begitu laris.
Ia adalah peluang yang tidak sepatutnya dilepaskan oleh kesemua peminat kumpulan SEARCH terutamanya dengan line-up legenda iaitu Amy, Nasir, Hillary dan Man Kidal. SEARCH sendiri telah menjanjikan konsert paling epik dan bakal melakar sejarah di dalam lipatan industri seni tanahair terutama scene rock n rollâ€.
“KONSERT ENDEMIK pada 4 dan 5 Jun 2022 ini akan menjadi penanda aras baru bagi penganjuran konsert fasa endemik di Malaysia. Kami bukan sahaja merupakan band pertama membuat persembahan solo di Zepp KL, tetapi kami juga akan mempersembahkan buat pertama kali dua lagu baru dari SEARCH iaitu Endemik I dan Endemik II, selain lagu-lagu signature SEARCH yang menjadi kegilaan peminat-peminat kami.
Dapatkan tiket KONSERT ENDEMIK hari ini sebelum ianya habis dijual, danjumpa anda semua di Zepp KL pada 4 dan 5 Jun ini!,”
– Amy Search
Tiket KONSERT ENDEMIK telahpun mula dijual. Layari lolasia.bigtix.io untuk maklumat lanjut berkenaan pembelian tiket.