in

Sambutan Hebat Teater Maduku Kalut Jadi Fenomena

Pada petang semalam, Budiey dihubungi oleh penerbit teater Maduku Kalut, Shawn Amer aka Mohd Amer Syafiq di mana beliau mengatakan kelima-lima pementasan teater itu penuh dan tiket laris. Jadi, teater Maduku Kalut yang sepatutnya berakhir pada semalam terpaksa dilanjutkan sehingga ke hari ini (Selasa) kerana untuk memenuhi permintaan ramai. Wah, baguslah. Ini satu petanda yang baik. Dah bikin fenomena la kan?

Menurut Shawn Amer, persembahan dilanjutkan pada hari ini adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai yang gagal mendapatkan tiket menyaksikannya. Budiey dengar, ramai yang kecewa sebab tak dapat tonton teater ini disebabkan tiket yang dijual sangat terhad dan sangat laris. Banyak faktor yang menjadikan teater ini menjadi fenomena. Dari respon semua yang menonton, rata-rata mengatakan mereka sangat terhibur dan ada yang sanggup datang lagi dan beli lagi tiket untuk ditonton bersama kawan yang lain.

Teater Maduku Kalut

“Pihak kami dan Istana Budaya berbesar hati untuk melanjutkan tempoh persembahan teater ini satu hari lagi iaitu pada Selasa atas permintaan ramai. Ramai yang kecewa dan balik dalam keadaan hampa kerana gagal mendapatkan tiket pada kelima-lima hari pementasan.”

Tambah Amer, pertambahan hari pementasan itu menunjukkan teater komedi yang sebelum ini kurang mendapat perhatian mula diterima ramai terutamanya golongan muda.

Selain itu, barisan pelakon yang memberi persembahan mantap turut menjadi punca kejayaan pementasan teater tersebut.

“Barisan pelakon yang popular dan berbakat besar turut menarik perhatian ramai selain mempunyai pengikut tersendiri.”

Persembahan Ditambah Satu Hari Atas Sambutan Ramai

[dropcap]A[/dropcap]tas sambutan dan permintaan ramai, setelah lima persembahan dijalankan, tiket teater Maduku Kalut habis dijual untuk kelima-lima hari, jadi pihak MASK Team dan Istana budaya akan melanjutkan satu hari lagi pesembahan utk hari esok (Hari Selasa, 1 Oktober). Budiey ingat, Budiey pun akan ke Istana Budaya untuk mendapatkan tiket untuk esok.

Tiket-tiket mula dijual pada jam 9 pagi di kaunter tiket istana budaya dan tempahan secara pukal boleh menghubungi Amirul di talian 0133962612

Boleh didapati melalui online www.airasiaredtix.com mulai sekarang!

Sinopsis Teater Maduku Kalut

[dropcap]M[/dropcap]aduku Kalut adalah sebuah naskhah daripada karya Inggeris popular Run For Your Wife tulisan Roy Cooney, yang mula dipentaskan kali pertama di West End, London, England pada 1983. Teater ini dibintangi pelakon popular Izzue Islam, Nad Zainal, Jihan Musa, Karl Shafek, Sofian Bujang, Fazleena Hishamuddin dan Nasz Sally.

Maduku Kalut mengisahkan tentang seorang pemandu teksi, Selamat, seorang pemandu teksi yang hidup sederhana memiliki dua isteri iaitu Bibi (Jihan) dan Mimi (Nad). Pun begitu, kedua-dua wanita itu tidak mengetahui mereka bermadu. Namun segala rahsia yang tersimpan selama itu hampir terbongkar apabila Selamat tidak pulang ke rumah. Khuatir de-ngan keselamatan suami mereka, isteri-isteri Selamat membuat laporan di dua balai polis berbeza.

Sebaik dihantar pulang ke rumah isteri pertamanya, kes Selamat yang cedera akibat dipukul wanita itu diketahui media dan seorang wartawan mahu datang ke rumah isterinya, Bibi untuk membuat liputan. Tidak selesa dengan situasi yang akan dihadapinya, Selamat jadi gelisah dan risau. Mujur, jiran baiknya Amy Amirul datang ke rumah dan Selamat menceritakan segala masalahnya kepada Amy. Memahami Selamat akan menghadapi masalah besar sekiranya rahsia poligami itu terbongkar, Amy memainkan peranannya membantu Selamat dalam apa cara sekalipun.

Jom baca ulasan Budiey: Ulasan Teater Maduku Kalut

Teater Maduku Kalut

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ustaz Azhar Idrus Rela Dieksploitasi Dibayar RM30Ribu?

Pengalaman Berharga di Think Blue. World Championship 2013