in , ,

Sambutan Hari Peneroka Felda 2024 di MAEPS, Serdang Pada 12 – 14 Julai

Sebanyak 20 motosikal elektrik dan sebuah kereta menanti pengunjung bertuah sempena sambutan Hari Peneroka FELDA yang akan berlangsung dari 12 hingga 14 Julai di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang.

FELDA telah mengumumkan penganjuran Sambutan Hari Peneroka FELDA 2024 yang bakal berlangsung dari 12 hingga 14 Julai 2024 di MAEPS, Serdang.

Sambutan yang dinantikan ini membawa tema “Segalanya FELDA” dan dijangka akan menjadi perhimpunan terbesar peneroka FELDA dari seluruh negara. Acara ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengumpulkan peneroka tetapi juga akan menawarkan pelbagai aktiviti dan program menarik yang telah disusun rapi untuk memeriahkan sambutan tersebut.

Program-program ini termasuklah pameran inovasi, aktiviti sukan, forum pendidikan, dan pelbagai lagi aktiviti yang bertujuan untuk memperkukuhkan lagi ikatan dalam komuniti FELDA. Sambutan Hari Peneroka FELDA 2024 ini akan menjadi medan untuk para peneroka berkongsi pengalaman, ilmu, dan inspirasi di samping meraikan pencapaian dan kejayaan mereka dalam mengharungi pelbagai cabaran.

Sambutan Hari Peneroka Felda 2024 di MAEPS, Serdang

Konsert Kemuncak Juara FEEL DA STARZ turut menjadi tumpuan utama acara sambutan

Konsert Kemuncak Juara FEEL DA STARZ yang dinantikan ramai akhirnya akan diadakan pada 13 Julai 2024 di Boulevard MAEPS, Serdang. Acara yang penuh gemilang ini akan menyaksikan persembahan hebat dari para finalis yang telah berjaya menempuh pelbagai cabaran sepanjang pertandingan.

Malam konsert ini akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran artis undangan, penyanyi profesional yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air, Siti Nordiana. Beliau akan mempersembahkan beberapa lagu hitnya, memberikan aura dan semangat tambahan kepada para finalis dan penonton yang hadir.

Sambutan Hari Peneroka Felda 2024 di MAEPS, Serdang

Selain itu, konsert ini akan menampilkan tiga orang juri ternama yang akan memberikan penilaian dan komen mereka sepanjang malam. Antara juri-juri tersebut adalah Marsha Milan Londoh, Firman Siagian, dan seorang guru vokal yang sangat terkenal. Mereka bukan sahaja terkenal dengan kredibiliti dalam industri muzik, tetapi juga dengan keupayaan mereka memberikan panduan dan nasihat yang berharga kepada para peserta.

Sambutan Hari Peneroka Felda 2024 di MAEPS, Serdang

Konsert Kemuncak Juara FEEL DA STARZ ini adalah kemuncak kepada perjalanan panjang para peserta yang telah berjuang sejak awal pertandingan. Mereka telah melalui pelbagai peringkat saringan dan cabaran, dan kini, hanya yang terbaik akan bersaing untuk merebut gelaran Juara FEEL DA STARZ 2024. Para penonton akan disajikan dengan pelbagai genre muzik dan persembahan kreatif yang pasti akan memukau hati.

Kami mengalu-alukan kehadiran semua peminat muzik untuk menyaksikan konsert yang pastinya akan menjadi malam penuh bintang. Datanglah beramai-ramai ke Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada 13 Julai 2024 untuk menyaksikan momen bersejarah ini.

Temui juri profesional tempatan dan luar negara dalam konsert akhir FDS. Siapakah yang bakal menawan hati juri, segalanya akan terjawab pada 13 Julai 2024.

Sambutan Hari Peneroka Felda 2024 di MAEPS, Serdang

Menangi 12 Buah Skuter Elektrik

Pengarah Program Hari Peneroka FELDA 2024, Razuwan Che Ros, berkata selain itu, pelbagai aktiviti disediakan membabitkan 12 kluster sepanjang tiga hari program berlangsung.

BUDIEY DI ACARA FELDA MAEPS

“Kita ada banyak program yang kita pecahkan kepada 12 kluster dengan lebih daripada 30 acara disediakan dan kluster yang terlibat antaranya kluster 1 berkaitan usahawan. Kita juga bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk adakan pameran mini usahawan desa termasuk usahawan kecil.

“Melalui kluster kerohanian iaitu acara selawat, kita akan jemput kumpulan nasyid Inteam, penyanyi Mawi untuk berselawat. Kita juga ada ‘food festival’ yang akan kita bawakan sajian istimewa daripada 317 rancangan FELDA untuk orang ramai menikmatinya,” katanya.

Sambutan Hari Peneroka Felda 2024 di MAEPS, Serdang

Razuwan berkata, pada sambutan Hari Peneroka FELDA itu juga, himpunan motosikal dikenali sebagai ‘Himpunan Dua Roda’ akan diadakan bagi memeriahkan lagi suasana.

“Kita akan himpun penunggang motosikal pada 13 Julai dan kita jangka lebih 50,000 penunggang motosikal akan terlibat…setakat ini kita sudah terima lebih 32,000 pendaftaran.

“Menerusi Festival FGV, kita akan adakan ‘mini mart’ FGV yang akan menawarkan produk FGV dengan harga yang amat berpatutan, selain karnival kerjaya, pameran pendidikan dengan lebih 20 ‘master class’ disediakan sebagai pentas berkongsi kejayaan individu dalam pelbagai bidang termasuk Dr Malar, Ryan Bakery dan sebagainya,”

– Razuwan

Katanya, sambutan Hari Peneroka FELDA adalah program terbesar dilaksanakan dalam program FELDA dan menjadi wadah bagi menghargai warga peneroka FELDA yang wujud sejak 68 tahun lalu.

Apa Yang menarik di Karnival Sambutan Hari Peneroka Felda 2024

Sempena ke 68 tahun FELDA, di Karnival ini ada 68 program antaranya adalah :-

  • 1000 Gerai Jualan Keusahawanan & Pameran Kraf & Tekstil
  • Karnival Pendidikan & Kerjaya
  • Karnival Hospitali dan Hartanah
  • Persembahan Tarian Tradisional/Busker
  • 317 gerai makanan dari 317 rancangan FELDA
  • Ping Pong Terbuka Hari Peneroka, e-sport & robotic challenge
  • Khatam 5 Minit Al-Quran
  • Felda Berselawat Bersama Selebriti
  • 28 Masterclass Percuma
  • Food Festival
  • Sajian Warisan 100 tahun Felda
  • Pelancaran Umrah Rahmah
  • Pelancaran Jualan Agro Madani Hari Peneroka Felda
  • Jualan DURIAN (Kendurian)
  • Motorshow EV dan Autoshow Kawasaki
  • Pameran Jentera Feltech 2.0
  • Pertandingan Memancing
  • Cabutan Bertuah Grand Prize
  • Kemuncaknya akan diserikan dengan konsert ‘Feel Da Star’ 10 anak felda bakal merentap dalam pertandingan bakat nyanyian.
  • Persembahan Exist dan Kumpulan Ungu
  • Menonton final euro di screen besar serta jualan makanan food truck akan beroperasi sehingga pagi!

Antara artis-artis yang terlibat antaranya Ryan Bakery, Siti Nordiana, Exist, Ungu Band, Dr Sheikh Muszafar, Kak Lina Pom Pom, Boss Susu, Datuk Ramli Sarip, Mawi, Nash, Aizat Amdan, Black Hanifah, Marsha Milan Londoh dan Inteam.

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Afif Tirmizie Dah Ada Single Pertama, Wira Peronda Jadi Ost Drama di TV3

Hannah Delisha Bangkit Dari Kesedihan Dengan AKAN TIBA Selepas Keguguran