Sempena Hari Ibu pada bulan Mei nanti, Restoran Kunang-Kunang dengan kerjasama Rasa Music, mempersembahkan majlis minum petang (Hi-Tea) bersama-sama Khatijah Ibrahim pada Ahad, 11 Mei 2008 pada pukul 3.00 hingga 6.00 petang.
Dalam majlis sidang media baru-baru ini, pihak penganjur merasakan adalah wajar mewar-warkan mengenai sambutan ini lebih awal kerana memberi peluang kepada mereka yang ingin menyertainya, membuat perancangan lebih awal. Dalam majlis yang bakal diadakan itu, banyak acara istimewa yang akan diadakan seperti pertunjukan fesyen muslimah yang akan diacarakan oleh personaliti TV9, Farrah Adeeba, peraduan ibu anggun, peraduan wajah seiras, cabutan bertuah dan semestinya persembahan oleh penghibur yang terkenal iaitu Khatijah Ibrahim.
Celebrates This Mother’s Day At Kunang-Kunang With Special Appearence By Khatijah Ibrahim
Mengenai persembahan pada petang itu, penyanyi yang telah berkecimpung sekian lama dalam bidang seni suara ini, Khaty, akan menyampaikan sekitar 10 hingga 12 buah lagu dengan durasi lebih sejam serta bergantung kepada permintaan oleh hadirin yang hadir.
Pihak penganjur menyeru agar menjadi hari ibu sebagai satu hari untuk kita menghargai jasa ibu. Ibu adalah segala-galanya bagi kita. Dia melindungi dari bahaya dan merangkul kita bila dalam keresahan. Jadi bagi menghargai jasa dan pengorbanan yang tidak ternilai, maka, sama-samalah raikan hari ibu di restoran Kunang-Kunang dengan persembahan istimewa dari Khatijah Ibrahim.
[tags]Celebrates, Mother’s Day sms, Kunang-Kunang, Special Appearence, khatijah Ibrahim, lirik ibu, untukmu ibu, mother, boyz 2 men, mother pic, teen for mum, ibu ayam, mak ayam[/tags]