in

Sambutan Anniversary TV9 Ke-2 @ Foyer Sri Pentas TV3

Budiey sempat menghadiri sambutan ulangtahun ke-2 TV9 di Foyer Sri Pentas TV3, Damansara Utama. Memang meriah sangat majlis yang diisi dengan hiburan dan makan-makan. Rasa macam nak beraya la pulak kan. Sebab ramai yang datang dengan pakaian serba hijau yang menjadi warna tema TV9. Macam-macam juadah hidangan lazat disediakan. Happening! Terima kasih Farina atas jemputan!

Ulangtahun Ke-dua TV9 Membuka Lebaran Menarik 

TV9 kini bersuai 2 tahun! Sejak diperkenalkan pada 22 April 2006, TV9 telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan seiring dengan stesen televisyen Media Prima Berhad lain dan kini muncul dengan ID baru menekankan lagi misi untuk tahun kedua ini iaitu Dekat di Hati.

Acara perasmian dan pelancaran majlis. Siap ada kek warna hijau tu… warna tema katakan!

Acara pukul gong oleh orang kuat TV9, Ketua Pegawai Operasi TV9, Bukhari Che Muda.

Sejak dari awal, TV9 telah menyajikan pelbagai program menarik yang mendapat sambutan menggalakkan daripada sasaran penonton utama – masyarakat Melayu yang memegang teguh pada nilai-nilai tradisi termasuk kanak-kanak berumur enam tahun ke atas. Strategi stesen tidak berbayar ini dalam menyiarkan program kanak-akan menerusi kartun Nickelodeon yang dialih bahasakan tanpa henti membuatkan TV9 menjadi tarikan kepada golongan kanak-kanak. Sambutan yang mengalakkan daripada penonton sehingga mencecah 7 juta penonton pada hari pertama keudara membuatkan TV9 menerbitkan sendiri program-program bukan sahaja setakat hiburan tetapi berbentuk pendidikan khusus untuk menambat hati masyarakat Melayu.

Siap ada pulut kuning tu. Sedap nih!

Sepanjang tahun lepas, TV9 berjaya membuktikan bahawa program-program yang disiarkan adalah unik dan berlainan daripada yang lain. Setiap siaran program yang dipilih memberi penekanan terhadap nilai-nilai murni sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Pemenang anugerah untuk kategori “animasi terbaik” di Festivel Filem Antarabangsa Kuala Lumpur, iaitu Upin & Ipin, yang mengisahkan sepasang kembar yang berusia 5 tahun berkongsi pengalaman pertama kali berpuasa telah mendapat sambutan menggalakkan di kalangan kanak-kanak dan dewasa. Program-program seperti Akademi Al-Quran, Cari Menantu, dan Mari Mengaji juga berjaya mempunyai pengikut setianya tersendiri. Ini membuatkan TV9 berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada penonton setianya.

Pada tahun 2007, TV9 telah berjaya mempamerkan prestasi yang memberangsangkan berbanding pesaingnya dengan memperolehi 12 peratus penonton daripada jumlah penonton berusia 6+ pada bulan September berbanding 3 peratus pada 2006, dan menyumbang kepada kejayaan stesen yang berada di bawah naungan Media Prima Berhad. Paling utama, TV9 berjaya menarik golongan penonton kanak-kanak, mengalahkan pesaingnya dengan 18 peratus dalam jumlah syer penonton pada tahun 2007, berbanding ke apada 3 peratus pada 2006. Seterusnya, TV9 yang mendominasi penonton melayu telah berjaya meningkatkan 2 peratus penonton kepada 12 peratus dalam tempoh setahun. Ini membuktikan TV9 bukan sahaja berjaya menarik penonton tetapi juga mengekalkan mereka untuk terus setia dengan stesen TV ini.  

Jaclyn Victor ada nyanyi beberapa buah lagu. Vokal tetap mantap seperti biasa.

Tidak kira apa jua rintangan yang perlu diharungi oleh stesen TV baru ini, TV9 telah berjaya menarik minat penonton sejak pertama kali diperkenalkan. Misi utamanya adalah untuk sentiasa dekat dengan penonton dan semasa tahun pertama, TV9 merealisasikan misi ini dengan menggunakan tiga pendekatan yang berbeza. 

Acara tahunan TV9, Perkampungan Hadhari telah membawa perubahan yang besar sejak pertama kali di perkenalkan kepada umum. Hadhari yang bermula di satu negeri sahaja pada awalnya telah meningkat kepada 3 negeri pada tahun keduanya dan lima pada tahun ini. Ini merupakan satu cara yang berkesan untuk TV9 mendekati orang ramai. Perkampungan Hadhari memberi peluang kepada stesen TV ini untuk melihat dunia luar dan berinteraksi dengan penonton. Program-program yang diaturkan membawa penonton untuk beramah mesra dengan artis-artis kesayangan mereka dengan lebih dekat. Purata pengunjung seramai 500,000 bagi setiap lokasi di Perkampungan Hadhari membuktikan bahawa acara padang anjuran TV9 berjaya menambat hati masyarakat sekeliling dan TV9 berusaha untuk menambah bilangan lokasi kepada lapan negeri pada tahun keempat..

Diacarakan oleh hos TV9 yang cantik lagi sedap mata memandang!

Dengan tagline Dekat di Hati, TV9 bukan hanya menjadi stesen kegemaran ramai tetapi juga merupakan sebuah stesen yang prihatin dan telah menjalankan beberapa aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi program-programnya. Seperti bencana banjir yang melanda Johor pada tahun tahun 2007, TV9 bersama 11 wargakerjanya telah menderma beberapa buah televisyen ke pusat-pusat penempatan banjir dengan tujuan untuk membantu anak-anak yang masih bersekolah yang tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah menerusi TV Pendidikan yang disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat di TV9. meneruskan pelajaran mereka dalam TV Pendidikan, yang disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat di TV9.

Pelakon Drama Anak Mami sedang buat persembahan. Kelakar juga tengok pakaian dan kostum si Fouziah Gouse.

Tambahan, TV9 memberi liputan yang berbeza pada sambutan Aidiladha melalui 2 program yang disiarkan secara langsung di Pulau Pinang di mana 200 ekor lembu telah dikorbankan untuk diagihkan kepada fakir miskin serta umat Islam. Manakala di Kelantan pula menyaksikan solat Aidiladha secara berjemaah yang juga di hadiri oleh Sultan Kelantan.   

Diakhiri dengan persembahan Anuar Zain dengan 3 buah lagu.

TV9 juga telah memperkenalkan program Jalinan Kasih, di dua buah negeri Pantai Timur iaitu Kelantan and Terengganu dengan lebih 100 anak-anak yatim berkumpul untuk berbuka puasa bersama-sama dengan personaliti kesayangan mereka dari TV9 dan TV3. Lebih penting lagi, program ini menyaksikan kehadiran Yang Mulia Tengku Amalin A’Ishah Putri binti Sultan Ismail Petra dan Ketua Pengarah Eksekutif Media Prima Television Networks Dato Sri Farid Ridzuan bersama dengan Ketua Pegawai Opersi TV9, Bukhari Che Muda untuk memeriahkan lagi suasana. Barang peralatan sekolah juga turut diagihkan pada hari tersebut.

Perjalanan TV9 pada tahun kedua  mempamerkan persaingan yang sengit. Setelah menyaingi stesen – stesen televisyen lain selama dua tahun, TV9 menyaksikan peningkatan persaingan yang positif dalam pasarannya.  Setelah mendominasi selama dua tahun kini stesen dapat melihat persaingan di pasaran kini. Disebabkan ini, TV9 berusaha gigih untuk mempertahankan prestasi yang baik. Salah satu cara yang digunakan adalah untuk menarik lebih ramai penonton melayu dengan menekankan lagi nilai-nilai murni yang sudah sebati dengan masyarakat melayu.
 
Pada tahun lepas, TV9 memperkenalkan Keluarga di 9 – sebuah rancangan yang membincangkan isu-isu kekeluargaan membawakan empat tema berbeza setiap Isnin hingga Khamis. Manakala pada April tahun ini, TV9 memperkenalkan program bual bicara sarapan pagi Nasi Lemak Kopi ‘O’ yang disiarkan secara langsung pada setiap hari Jumaat hingga Ahad. Pada bulan May pula akan menyaksikan program baru untuk mencari bakat penyanyi nashid  baru, menjadikan stesen pertama yang memulakan projek realiti nasyid, Akademi Nasyid. TV9 juga akan meneruskan perjalanan untuk mencari gadis melayu yang asli. Adakah wujud Gadis Melayu pada masa ini? Terus setia bersama TV9 dalam pencarian ini sebelum akhir tahun 2008.

Tambahan lagi, sesuai dengan tema, Dekat di Hati, TV9 tidak melupakan masyarakat setempat yang banyak memberi sokongan sehingga kini. Program – program kemasyarakatan yang diatur memastikan TV9 sentiasa berinteraksi dengan penduduk di kawasan pedalaman. Apa Khabar Orang Kampung (AKOK) merupakan pendekatan yang digunakan disamping Perkampungan Hadhari.

Berikutan dengan pelbagai risiko yang dihadapi kanak-kanak masa kini, TV9 merasakan bertanggungjawab untuk berhubung dengan orang ramai  untuk bekerjasama dalam melindungi kanak -kanak. Melalui CSR, stesen ini meningkatkan kesedaran dengan kempen kanak – kanak dalam mengeratkan hubungan dengan penonton, terutamanya kanak-kanak. TV9 akan terus memperkukuhkan lagi polisi melindungi kanak-kanak yang dapat difahami oleh penonton dengan mudah. Untuk memulakan Child Protection effort, TV9 mengagihkan wisel kepada 80 orang kanak-kanak dan menyuruh mereka meniup wisel tersebut semasa pelancaran kempen ini. Program ini juga mengharapkan mereka akan membawa wisel ke mana sahaja untuk digunakan, menunjukkan tiupan wisel sebagai signal ketika dalam keadaan kecemasan.
 
TV9 sedar akan keperluan agensi serta pengiklan yang mencari medium untuk mencapai penonton melayu. Saluran ini juga mampu untuk memberi jurang kepada saluran lain menerusi syer penonton Melayu seiring dengan keperluan pasaran. Perspektif kami dalam industri ini adalah untuk melihat kemunculan saluran-saluran baru sebagai persaingan positif dan sihat dalam memajukan lagi stesen ini. Sebagai stesen perintis kepada program-program tradisional dan mempunyai nilai-nilai murni, TV9 sedar akan kewujudan saluran-saluran baru tersebut dan bersedia untuk bersaing. Dengan itu, kami berharap agar pihak pengiklan dan pelanggan semua untuk terus bersama kami. Kepada pelanggan dan pengiklan yang belum mengiklan bersama kami, pelbagai pakej disediakan yang merangkumi pasaran Melayu, kanak-kanak dan banyak lagi.

Kejayaan yang telah dicapai pada tahun lalu dan kini bersedia untuk terus menuju kejayaan, TV9 ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada para penonton setia, pelanggan, agensi serta media yang sentiasa memberi sokongan kepada TV9. Tidak ketinggalan juga pengiklan-pengiklan baru yang ingin bekerjasama dengan kami. Dan akhir sekali kepada penonton setia TV9 yang sentiasa memberi sokongan yang berterusan kepada kami.

TV9, Dekat di Hati.

Mengenai TV9
Dengan cogan kata “Dekat Di Hati”, TV9 bersedia untuk menembusi salah satu segmen penonton Malaysia yang paling pesat berkembang dengan sasaran kepada masyarakat Melayu yang menitikberatkan nilai-nilai tradisional. Dengan fokusnya yang jelas, TV9 akan dapat menyerlahkan dirinya dengan menyediakan rancangan hiburan yang menyeronokkan dan memperkukuhkan nilai-nilai murni yang menjadi pegangan masyarakat Melayu. Program TV9 menarik penonton dari segenap lapisan usia, baik kanak-kanak dan remaja mahupun golongan belia dan dewasa, yang pasti terpikat dengan nilai-nilai positif rangkaian TV ini.

TV9 adalah stesen siaran percuma keempat dalam Kumpulan Media Prima Berhad, yang telah memulakan penyiaran ke seluruh Semenanjung Malaysia pada 22 April 2006, dan berpotensi mencapai 7 juta penonton di Semenanjung Malaysia. TV9 sekarang juga boleh didapati di saluran berbayar Astro iaitu saluran 119. Liputan TV9 adalah menyeluruh, mencakupi  semua negeri di Semenanjung termasuk Pantai Timur, iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web www.tv9.com.my.  

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Quill Lakonan Kaoru Kobayashi @ 8TV Hari Ini

Gambar Ashraf Muslim Pegang Watak Mak Nyah @ Teater Patung Kertas