Tanggal 11 Disember merupakan tarikh istimewa bagi pasangan artis, Rozita Che Wan atau Che Ta dan suaminya Zain Saidin dimana mereka telah diijabkabulkan sebagai suami isteri.
Bagi memperingati hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-7, Che Ta dan Zain menyambutnya dengan melakukan ‘photoshoot’ ala-ala pengantin baru.
Pelakon berusia 47 tahun itu telah memuat naik beberapa posting ‘photoshoot’ di laman Instagram miliknya. Ternyata seperti tahun-tahun sebelumnya, mereka mengenakan busana pengantin dan bersanding sekali lagi.
Selain itu, pelakon drama bersiri Kiah Pekasam itu turut mencoretkan ucapan romantis ditujukan khas buat suaminya sebagai tanda penghargaan dan kesyukuran atas perkahwinan mereka berdua.
Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-7 Che Ta dan Zain Saidin! Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan seterusnya ke syurga.