Ahli kumpulan Bocey itu turut meninggalkan seorang balu, Siti Norhidayah dan seorang anak lelaki Syed Uthman Hamzah yang baru berusia setahun lebih.
Genap tiga tahun berkahwin
Hari ini, genap tiga tahun Allahyarham Abam dan Siti Norhidayah bernikah dan pastinya tahun ini sangat berat untuk isterinya melalui hari istimewa tersebut.
Menerusi perkongsian terbaru Hidayah di Instagramnya, dia telah memuat naik kompilasikan gambar dan video sepanjang perkahwinannya dari hari pertama bergelar isteri Abam.
Redha dengan pemergian suami
Dalam kapsyen yang ditulis, jelas sekali dia amat merindui allahyarham suaminya lebih-lebih lagi pada hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga hari ini.
Namun begitu, Hidayah tetap redha dan mendoakan agar roh suaminya tenang di alam sana.
Janji akan didik anak dengan baik
Dia juga berjanji akan membesarkan anak mereka dengan penuh kasih sayang dan didikan terbaik supaya Hamzah menjadi anak yang berguna pada masa akan datang.
“Bercerai mati ni sedia dia lain”
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan Instagram Hidayah agar terus kuat dan tabah mengharungi dugaan ini.
Mereka juga sempat mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan bersama arwah dan menitipkan bacaan al-Fatihah sebagai hadiah buat pelawak terkenal itu.
Untuk makluman, Allahyarham Abam yang merupakan ahli kumpulan Bocey bersama Achey dan Fad disahkan meninggal dunia pada 10 Februari 2020.
Pemergiannya yang mengejutkan ramai pihak telah dihadiri ribuan rakyat Malaysia ketika majlis pengebumiannya dan mendapat liputan meluas oleh seluruh media dalam negara ketika itu.