Menerusi di Instagram, Ruhainies berkata dia enggan lagi membazir selepas 15 kali memotong kek dan meraikan hari kelahirannya bersama orang-orang tersayang dan juga sahabat-handai yang sangat menghargainya.
Tampil ringkas dengan memakai T-shirt dan jeans sahaja, Ruhainies berkata dia tidak mengetahui tentang kejutan hari jadinya itu. Ruhainies turut meluahkan rasa syukur di atas segala rezeki yang diberikan.
Bagaimanapun di ruangan komen, ada yang mempersoalkan tindakan Ruhainies menyambut ulang tahunnya sebanyak 15 kali dalam sebulan. Tidak kurang juga ada yang mengatakan tindakan pelakon itu seolah mahu menunjuk-nunjuk.
Malah, ada yang meninggalkan komen gurauan dimana mereka mengatakan Ruhainies sambut hari jadi sebulan seperti bulan puasa.