SALUN LISA – Salun Rias Eksklusif buat Selebriti di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011.
Buat julung kalinya, majalah gaya hidup terkini LISA Malaysia memperkenalkan Salun LISA, salun yang dibawakan khas untuk selebriti dan tetamu sempena berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian tahun ini.
Ia adalah inisiatif pertama LISA Malaysia yang berbesar hati dapat bekerjasama dengan Berita Harian selaku penganjur anugerah berprestij ini untuk memperkenalkan konsep salun yang khusus memberikan khidmat lima bintang percuma kepada tetamu selebriti menghias diri dan bersantai dalam ruang eksklusif sebelum melangkah ke karpet merah acara gilang-gemilang itu.
Menurut Editor Pengurusan LISA Malaysia, Izza Safinaz Ibrahim: “Khidmat yang ditawarkan oleh LISA bersama rakan salun memberi peluang untuk selebriti mendapatkan khidmat pakar secara percuma dalam suasana santai dan eksklusif. Kami bawakan khidmat terbaik selain menyediakan ruang yang selesa untuk tetamu rehatkan diri dan minda.”
Antara selebriti yang hadir adalah Neelofa, Najwa Latiff, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Fizz Fairuz, Diana Danielle, Ezlynn, kumpulan VIP, Afiq Muiz dan Karl Shafek.Turut hadir tetamu yang terdiri dari pihak penganjur APBBH, penaja bersama anugerah dan rakan media.
Salun LISA dibuka pada 8 April 2012 dari jam 10 pagi hingga 5 petang di First World Hotel, Genting Highlands. Sesi rias dan layanan istimewa yang ditawarkan adalah:
• Dandanan rambut oleh Matrix
• Rias kuku oleh Orkid Nail
• Urutan mini oleh Jari Spa
• Jamuan ringan
• Beg cenderahati eksklusif LISA Malaysia