Nama Salma A.Asis bukanlah satu nama yang baru dalam industri seni tanah air. Dia mula bertapak bila memenangi gelaran JUARA bagi program realiti Mentor di bawah bimbingan Erra Fazira pada tahun 2011. Dia juga turut merakamkan beberapa buah lagu selepas bergelar Juara Mentor musim ke-5 itu.
Salma Lancar Muzik Video AKHIRNYA, CINTA
Salma dikatakan hilang daripada mata media dan peminat beberapa tahun selepasnya. Pada tahun 2016, dia melakukan satu percaturan untuk kembali ke dunia ‘mainstream’ apabila nekad menyertai satu lagi pertandingan nyanyian realiti iaitu 3 JUARA di bawah bimbingan Ajai untuk kategori Balada.
Walaupun ada suara-suara yang mengkritik pembabitannya dalam pertandingan tersebut, Salma tidak sedikit patah hati atau tercalar dengan kritikan tersebut. Dia melangkah gagah saban minggu di pentas 3 JUARA. Akhirnya mengungguli pentas akhir dan juga pentas EPIK. Menggondol gelaran Juara bagi kategori Balada dan juga juara keseluruhan pertandingan tersebut.
Setelah itu, Salma terus bercita-cita untuk kembali mencipta nama dan menandatangi kontrak di bawah syarikat rakaman Wake The Baby Records Sdn Bhd. Single pertama Salma, ‘AKHIRNYA, CINTA’ hasil ciptaan Ajai dan lirik nukilan Slen Fadzil terluncur pada pertengahan bulan awal April 2017.
Terus mendapat tempat sebagai lagu tema OST ‘Ku Kirim Cinta’ lakonan Ayda Jebat dan Redza Rosli. Populariti sebagai lagu tema terus membantu lagu tersebut meniti di bibir peminat dan ‘comeback’ yang diimpikan Salma membuahkan hasil. Lagu ini juga mendapat kerjasama di bawah edaran Warner Music (M) Sdn Bhd.
Salma ligat mempromosikan lagu ‘AKHIRNYA, CINTA’. Tampil di persembahan-persembahan utama seperti DFKL, ABPH dan Hari Malaysia membuatkan Salma lebih fokus untuk mengukuhkan jenama dirinya.
Hari ini lahirlah sebuah lagi naskah yang ditunggu-tunggu oleh peminat Salma. Kini mereka boleh ‘berkaraoke’ di semua cawangan karaoke Neway seluruh negara. Penggambaran klip video ini berlaku selama sehari di sekitar Kuala Lumpur. Klip video yang memaparkan Salma solo memberikan ekspressi sepenuh jiwa. Beremosi dengan bait-bait lirik yang dilontarkan. Santai dalam beberapa busana kasual, Salma berjaya memberikan yang terbaik untuk klip video ini. Klip video ini juga boleh anda layari di laman Youtube.
Pihak WTBR juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak NEWAY yang tidak pernah jemu memberikan sokongan kepada muzik industri.
• NEWAY merupakan penaja lokasi untuk majlis pelancaran kita pada hari ini.
• Pihak Warner Music (M) Sdn Bhd yang banyak membantu dalam mengedarkan lagu-lagu dan album-album daripada WTBR.
• Saudara Slen Fadzil selaku ‘partner’ Ajai kali ini dalam menghasilkan lirik yang begitu puitis
• Rakan-rakan media yang hadir dan sentiasa menyokong karier seni Salma.
• Rakan-rakan artis, rakan-rakan penaja dan juga semua tetamu yang hadir.
Terima kasih di atas masa yang anda luangkan untuk majlis kami pada hari ini. Moga membawa lebih keberkatan kepada kami.
Untuk perancangan seterusnya, selepas tamat beraksi di semi final Muzik Muzik yang bakal berlangsung pada 28 Oktober ini, Salma akan memulakan pre-produksi untuk single keduanya yang juga merupakan ciptaan penuh Ajai bakal menemui peminat Disember ini. Sebuah lagi muzik yang ‘fresh’ untuk halwa telinga anda. Nantikan and Good Luck untuk Salma di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 2017!
MTV INFO – ‘AKHIRNYA, CINTA’
Lagu / Lirik : Ajai / Slen (Universal Publishing)
Pengarah/Editor : Khairul
Juru kamera : Khairul / Jim & krew
Lokasi : Taman Botanical Kuala Lumpur
Make Up & Styling : Tiar Zainal
Busana : @youmeandhunny
@wiwintouch
@scarfsweethoney
SONG INFO
Song title : AKHIRNYA CINTA
Singer : SALMA
Producer : AJAI
Composer/ Publishing : AJAI / UNIVERSAL PUBLISHING
Lyricist/Publishing : AJAI & SLEN / UNIVERSAL PUBLISHING
Recording Studio : WAKE THE BABY STUDIO
Arrangement by : MAC CHEW & AJAI
Vocal arrangement by : AJAI
Backing vocal by : AJAI
Guitar by : RIZ
Programming : MAC CHEW
Keyboard by : MAC CHEW
String arrangement by : MAC CHEW & JENNY CHIN
Sound engineer by : BARD WTBR
Mixing engineer by : RUMIE RML
Mastering engineer : DON BARTLEY
Mastering by : BENCH MARK STUDIO, AUSTRALIA
Record label : WAKE THE BABY RECORDS SDN BHD