Sumber dari Kosmo! hari ini melaporkan pernikahan Salleh Yaacob dengan seorang anak perempuan Tan Sri yang sepatutnya berlangsung malam tadi telah ditangguhkan. Pelawak berusia 48 tahun itu katanya terpaksa menangguhkan perkahwinan ke-4 itu sebab ada masalah peribadi di pihak keluarga perempuan. Apa sebenarnya punca masalah itu, dia pun tidak tahu.
Apa-apa pun, penghibur yang popular dengan panggilan abang Jem itu menerima apa jua keputusan keluarga gadis itu kerana perancangan perkahwinan itu sebenarnya datang dari mereka. Malah tidak pernah dijumpa gadis yang berumur 29 tahun itu, yang dikatakan peminat setianya.
“Jodoh yang datang pasti ada sebab tertentu dan saya mahu mengetahui penamat kisah pertemuan gadis yang dianggap misteri ini. Sejak sebulan lalu kami hanya berhubung menerusi telefon dan SMS sahaja,” kata Salleh yang sedang menanti kelahiran anak ke-11nya.
Dijelaskan juga ketiga-tiga isterinya sudah mengetahui tentang perhubungan mereka dan telah merestuinya.
Budiey: Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.