Sekarang ini, Budiey perhatikan semakin ramai artis dan selebriti mahu melibatkan diri dengan dunia politik. Itu hak masing-masing. Tambahan pula, bila tarikh pilihanraya umum semakin dekat, maka kebanyakkan parti mahu mendekati artis sebab artis ni ada banyak pengaruh mereka. Namun, terlibat dengan agenda politik boleh membunuh karier seseorang artis itu jika tersilap langkah. Seperti yang berlaku pada penyampai radio dan pelawak, Salih Yaacob telah nekad untuk terus bersara dari dunia hiburan. Alahai sayangnya… lawak Salih Yaacob memang best la. Selalu duk dengar di Radio Sinar.
Keputusan itu diambil beliau kerana timbulnya sebuah video di Youtube dalam siri Bangkang Dari Longkang yang menampilkan dirinya bersama Nabil Ahmad yang mempersenda hak rakyat untuk memilih kepimpinan mereka.
Cereka pendek berdurasi kira-kira tiga minit yang memaparkan situasi di sebuah ceramah parti politik itu turut disertai seorang lagi rakan pelawaknya, Nabil Ahmad.
Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas daripada pihak penyokong parti pembangkang, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot.
“Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat. Saya mengambil keputusan untuk tidak akan lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan.”
Mungkin betul orang kata, terlajak perahu boleh diundur tapi bila terlajak kata, badan binasa. Semoga menjadi pengajaran buat kita semua. Selamat pagi Jumaat buat semua. Semoga 1 Mac ini mendatangkan kebahagian buat semua.
TIADA TINDAKAN DIKENAKAN TERHADAP SALIH YAAKOB – ASTRO
Pihak Pengurusan Astro Radio tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan terhadap penyampai radio Sinar FM, Salih Yaacob, 52, berhubung penyebaran videonya yang seolah-olah menyindir pihak pembangkang. Menurut wakil daripada Astro, perkara tersebut tiada kaitan dengan syarikat penyiaran itu dan ia merupakan urusan peribadi Salih.
“Kami terkejut tentang perkara itu namun begitu bagi kami video tersebut tidak ada kaitan dengan Astro. Ia adalah perkara peribadi beliau, kita tidak campur tangan.”
Isu itu timbul apabila video Salih bersama pelawak Nabil Ahmad berjudul Bangkang Dari Longkang telah tersebar di Internet sehingga mendapat kritikan penyokong parti pembangkang kerana ia dilihat seolah-olah mempersendakan parti berkenaan.
Dalam rakaman itu Salih yang memegang watak ahli politik membuat pelbagai janji untuk memenangi hati rakyat sebaliknya semua itu hanyalah kata-kata kosong sebelum dapat menakluki Putrajaya.
Penyebaran video komedi selama 2.50 minit itu juga telah membuatkan Salih memohon maaf kepada semua pihak menerusi akhbar Utusan Malaysia pada Khamis selain mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia hiburan.
Dalam perkembangan berkaitan Astro Radio berkata, setakat ini pihaknya tidak mendapat apa-apa surat peletakan jawatan daripada Salih dan beliau masih lagi penyampai Sinar FM.
“Dia masih lagi deejay radio kami kerana tiada apa-apa surat peletakan jawatan kami terima. Apa-apa pun kami tidak akan memanggilnya berhubung isu itu,†jelas juru cakap berkenaan. – Mstar Online