Kebanyakkan lagu yang diperdengarkan di radio pada hari ini lebih tentang memperkasakan wanita,tidak hairanlah kerana ia sering dinyanyikan oleh wanita. Oleh itu lagu baru bertajuk “Molek†dari Salammusik ini pasti akan menyegarkan halwa telinga pendengar.
Molek mungkin didengari seperti sebuah lagu romantis, tetapi fokus utama lagu ini adalah untuk menghargai kecantikan semula jadi wanita. Ini jelas dalam muzik yang dibawa bahawa lagu ini bukan hanya untuk gadis tertentu, tetapi untuk semua gadis dan wanita di negara kita.
Lagu ini menceritakan tentang keaslian dan menghargai wanita. Salammusik sememangnya dikenali dengan mengetengahkan topik sensitif melalui hasil karya mereka.
“Apabila kita semakin tua dan bertambah usia, kita mula menyedari nilai kesihatan dan kecantikan semula jadi dalaman dan luaran.
Kami percaya bahawa keindahan semula jadi datang dari jiwa.
Jadi apabila sesuatu yang dirasakan dari dalam, pasti akan terpancar pada luarannya,”
– Salam
Lagu ini diinspirasikan dengan melihat dan mengamati industri kecantikan. “Saya rasa Industri kecantikan kini membuat kita terlalu fokus pada kecantikan luaran dan semuanya boleh dibaiki dengan produk yang dihasilkanâ€. Sudah tiba masanya untuk kita mengetengahkan kecantikan semula jadi.
Meraikan kepelbagaian, perbezaan dan mendorong wanita untuk menghargai keindahan semula jadi, kecantikan dalaman dan menerima keaslian.
Seperti yang dijelaskan oleh lagu; “You don’t need make-up, to look lovely, your authenticity makes my heart sinkâ€.
Muzik video ini diarahkan oleh Art-tech dan ianya mengambil fokus akan kecantikan Pulau Langkawi sebagai lokasi pengambaran muzik video “Molekâ€. Hasilnya kini dapat ditonton di saluran Youtube Salammusik. www.youtube.com/salammusik