Perkongsian Misha itu mencuri tumpuan ramai termasuk rakan artis apabila rata-rata berasa sebak dan mengucapkan takziah buat penyanyi dan pelakon berasal dari Kelantan itu.
“Assalamualaikum,..
“Dengan penuh rasa dukacita, saya mewakili keluarga ingin memaklumkan bahawa Abang saya ( seibu berlainan bapa), Ahmad Shafuan bin Abd Rahman telah kembali ke rahmatullah menjelang tengahari semalam di Hospital Seremban dan telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan ar-raudhah, Kota Seri Emas lewat petang semalam.
Allahyarham abang Kak Mitch pernah berkhidmat di Ingress Precision Sdn Bhd, sebelum melepaskan jawatan ekoran kesihatannya semakin merosot 2 tahun kebelakangan ini..Andai ada teman-teman Kak Mitch yg mengenali Allahyarham Abg Wan, kak mitch mohon ampunkan salah silap abang kak mitch, halalkanlah makan minumnya sepanjang kalian bersilaturahim di sepanjang hayatnya.
Doakanlah, Semoga ruh Allahyarham di tempatkan di kalangan orang-orang yg beriman dan segala amalan baik allahyarham diterima di sisi Allah swt..Doakan lah juga, waris yang ditinggalkan allahyarham, Shazwan Hazique, Syakirin & Shaukie, serta balunya, Mala Rotina diberikan ketabahan berdepan kenyataan yang menyakitkan ini,kehilangan insan tersayang.. Al fatihah,”
– Misha Omar
Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata mengucapkan takziah kepada Misha dan keluarga serta mendoakan kesejahteraan Allahyrham abangnya itu.
Ucapan Takziah Dari Rakan Artis
Malah ramai rakan artis juga tidak ketinggalan mengucapkan takziah kepada penanyi yang terkenal dengan lagu Bunga-Bunga Cinta itu.
“Salam takziah kak mitch. Semoga roh abang kak mitch dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al fatihah.” tulis Marsha Milan Landoh
“Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya” tulis Chef Zam
“Salam Takziah Kak Mitch. Semoga roh abang kak mitch dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang dikasihiNya. Amin.
Alfatihah” tulis Siti Sarah
Salam takziah. Al-Fatihah…