Berita sedih itu dikongsi sendiri oleh penyanyi berusia 55 tahun itu menerusi Instagram dan turut mendoakan supaya Allahyarham bapanya tenang serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
“Al-Fatihah buat abah. Ya ALLAH, Kau ampunkan lah segala dosa-dosa abah, Kau tempatkannya dia dalam kalangan ahli syurga. Kau angkatlah rohnya ke syurga Mu tanpa hisap.
“Moga abah tenang di sana. Abah dah tak sakit lagi,” luah penyanyi yang terkenal dengan lagu Kelmarin.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Taman Batu Muda kira-kira jam 12 tengah hari.