in , ,

Salam Taiwan Serlahkan Permata Terpendam di Nadi Asia 

Mira Filzah, Duta Salam Taiwan membawa penonton meneroka lokasi indah dan berbeza di Taiwan

Biro Pelancongan Taiwan di Malaysia telah melancarkan program Salam Taiwan musim kedua yang mensasarkan untuk menjemput lebih ramai pelancong Islam dari Malaysia dan Brunei menjelajahi Taiwan dengan lebih mendalam pada tahun 2020. 

Duta Salam Taiwan, Mira Filzah mengembara ke Taiwan untuk meneroka permata terpendam pulau menakjubkan ini dan mendokumentasi pengalaman beliau menerusi TVC terbaharu Salam Taiwan. Beliau membawakan sudut berlainan Taiwan kepada penonton yang sesuai dimasukkan ke dalam sebarang jadual percutian. 

Photo 1_Alishan Forest Railway

Antara tempat yang dilawati Mira ialah Landasan Kereta Api Hutan Alishan di Wilayah Chiayi di mana beliau menikmati perjalanan kereta api yang penuh panorama dengan pemandangan mengagumkan hutan pokok buluh dan angin bayu semula jadi yang menenangkan. Dibina pada 1899, landasan tersebut melalui iklim dan rupa bumi berbeza-beza, menjadikan ia kaedah terbaik bagi menikmati keindahan semula jadi Taiwan yang memukaukan. Selain tarikan kereta api, terdapat banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan oleh pelancong di Alishan seperti mendaki gunung, menghayati detik matahari terbit, menyirup teh Taiwan berkualiti tinggi, atau sekadar menikmati alam semula jadi untuk segar semula. Untuk pelancong yang datang dari arah Taipei, perjalanan dari Stesen Utama Taipei menggunakan Landasan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) ke Chiayi akan mengambil masa kira-kira 1 jam dan 40 minit. Kemudian, naik kenderaan shuttle untuk ke Stesen Bas Chiayi untuk mengikuti perjalanan bas selama 2.5 jam ke Alishan. Ia sudah tentunya permata yang cukup berharga untuk melawat terutama bagi orang-orang yang sering sibuk dan mahu lari dari hiruk-pikuk kota raya. 

Photo 7_Yong Le Market

Satu lagi tarikan yang diketengahkan ialah Pasar Kain Yongle, yang merupakan pasar kain terbesar seumpamanya di Taiwan. Syurga kain di Daerah Datong, Taipei memukau dengan pilihan luas tawaran yang cantik dan berwarna-warni, termasuk aksesori, renda dan barang- barang disulam. Pasar Kain Yongle adalah berbeza daripada tempat lazim pelancong dan bagi mereka yang suka menjahit, ini adalah pasar yang mesti dilawati. Ia adalah tempat yang tepat untuk membeli-belah ole-ole atau mencari kain unik bagi rombongan pengantin. 

Perkampungan Pelangi (Rainbow Vilage) di Taichung mempunyai kisah berinspirasi di sebalik mural berwarna-warni pada bangunan rumah dan jalan-jalan. Ia semua bermula apabila Encik Hwang atau lebih mesra dikenali sebagai Atuk mula melukis rumahnya dengan imej watak komik dan haiwan sebagai protes untuk menyelamatkan kampung itu daripada diranapkan. Tidak lama kemudian, jiran-jirannya turut meminta Atuk melukis rumah mereka juga. Hari ini, Kampung Pelangi adalah destinasi pelancongan yang mudah dilawati menerusi pengangkutan awam dari Taipei. Hasil seni Atuk juga boleh dibeli sebagai cenderahati untuk diri sendiri atau orang tersayang. 

Photo 8_Rainbow Village

Mengenai makanan terutama pencuci mulut yang lazat, Taiwan adalah tempatnya. Inilah tempat asal makanan pencuci mulut yang sangat digemari ramai seperti teh boba (bubble tea), minuman jeli lemon (ai-yu-ping) dan ais batu campur mangga (mango shaved ice). Terdapat banyak lagi makanan lazat untuk diteroka di Taiwan daripada sekadar tiga pencuci mulut terkenal itu. Satu daripadanya ialah krepe kacang tradisional Taiwan, disajikan dengan air krim yang enak. Kombinasi ini adalah sempurna untuk dinikmati di dalam apa sahaja cuaca! 

Bagi pelawat yang mahukan roti, Roti Horns mesti dicuba rasa. Sebagaimana namanya, ia berbentuk seperti tanduk – ia menyerupai croissant tetapi teksturnya lembut, gebu. Makan begitu sahaja atau isikan dengan pelbagai pilihan manisan atau perisa, roti berbentuk tanduk ini akan memuaskan semua orang termasuk yang paling cerewet. 

Photo 12_Traditional Taiwanese crepe peanut dessert

Pengarah Pejabat Biro Pelancongan Taiwan di Kuala Lumpur, Encik Abe Chou berkata, “Taiwan mempunyai banyak tempat yang tidak diketahui kerana tidak tercatat di dalam peta pelancongan yang sarat. Banyak keajaiban semula jadi dan pasaran merupakan destinasi hebat bagi pengembara, daripada keluarga hingga sekumpulan sahabat atau juga berdua sahaja. Atas alasan ini, kita teruskan program Salam Taiwan untuk setahun lagi bagi mempamerkan secara mendalam Taiwan dan membawakan kepada rakyat Malaysia dan Brunei aspek berbeza untuk pengalaman percutian yang lebih menyeronokkan.” 

Photo 14_Taiwanese Horn Breads

Pada 2019, Taiwan telah menerima lebih 460,000 pelancong dari Malaysia, di mana kira-kira 15% daripada mereka adalah pelancong Islam. Untuk tahun 2020, Taiwan telah mensasarkan lebih banyak pelancong Islam sebanyak 17%. 

TVC Salam Taiwan musim kedua boleh ditonton di laman rasmi Taiwan Tourism Bureau website, Facebook dan YouTube. 

Untuk maklumat lanjut tentang Salam Taiwan, sila layari laman web rasmi Biro Pelancongan Taiwan https://www.taiwan.net.my/ atau Facebook https://www.facebook.com/tbrockl/ atau hubungi 03-2070 6789 dari 9:00 pagi – 5:30 petang. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sengketa dengan Bekas Pengurus Sudah Selesai, Karier Sarah Hildebrand Lebih Mudah Tanpa Pengurus

Tasha Shilla Selamat Bertunang dengan Atiq