in

Salam Baitullah Informasi Buat Bakal Haji

Informasi Buat Bakal Haji Menerusi Salam Baitullah Di TV1

Sempena Musim Haji 1432H, Radio Televisyen Malaysia ( RTM ) menerusi TV1 akan menyiarkan secara langsung Program Khas iaitu “Salam Baitullah”. Program ini akan bersiaran mulai 23 Oktober 2011 hingga 11 November 2011, jam 9.00 malam selama 20 episod.

Penyiaran program “Salam Baitullah” bertujuan memberi maklumat kepada bakal haji dan sanak saudara yang tinggal di tanah air berkaitan aktiviti dan operasi haji di Tanah Suci. Malah pada masa sama penerbitan program ini hakikatnya menonjolkan peranan Malaysia yang aktif sebagai negara anggota OIC khususnya dalam bidang penyiaran aktiviti haji.

Program berbentuk interaktif ini merangkumi perkembangan terkini para jemaah haji menerusi berita – berita yang disiarkan.Selain itu, penonton boleh membuat ucap selamat kepada bakal haji menerusi telefon atau sms semasa program tersebut disiarkan. RTM akan turut menyiarkan ucapan jemaah dan menemu ramah mereka di Tanah Suci bagi tontonan sanak saudara di Malaysia.

Program yang disiarkan selama satu jam setiap episod ini, diacarakan oleh YBhg Prof. Madya Dr. Ridhuan Tee Abdullah, secara langsung dari studio 2, RTM di Angkasapuri bersama tetamu jemputan bagi membincangkan topik berkaitan ibadah haji. Pelbagai topik disediakan untuk dibincang bersama tetamu undangan bagi menyemarakkan lagi suasana haji tahun ini.

Program “Salam Baitullah” mula diperkenalkan pada Musim Haji 2009M/1430H dengan siaran sebanyak 4 episod dengan kerjasama Iqra’ TV Mekah. Skop liputan “Salam Baitullah” merangkumi aktiviti Tabung Haji Malaysia di Tanah Suci, aktiviti Kementerian Penerangan Arab Saudi (Tetamu Haji), liputan berkaitan manasik haji, jemaah seluruh dunia, berita haji, maklumat haji, tempat-tempat menarik, peristiwa menarik, temu ramah dengan pihak berkuasa, organisasi haji dan jemaah, pembangunan infrastruktur Tanah Suci dan liputan di Jeddah, Mekah, Madinah, Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Program ini ditaja oleh Bank Rakyat. Pastikan anda tidak ketinggalan meluangkan masa menyaksikan “Salam Baitullah” mulai 23 Oktober 2011, setiap hari, jam 9.00 malam di saluran TV1.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Block iPhone4S Sales in Japan and Australia

T-Pain rEVOLVEr Album