in , ,

“Sakitnya Tak Sesakit Dikhianati & Ditinggalkan Dulu,” – Rita Rudaini

Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa sayu apabila mengenangkan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang sudah setahun menjalani kehidupan berdikari di sekolah berasrama penuh.

Menerusi perkongsian di instagram itu, Rita berkata anak sulungnya itu saksi melihat suka duka dilaluinya sebagai ibu tunggal serta anaknya itu turut terkena tempias.

Rita turut berkongsikan video memaparkan momen dia memeluk Rayyan sewaktu kali pertama menghantarnya ke MRSM berkenaan.

Mengimbau kembali momen tersebut, Rita berkata rasa sakit untuk meninggalkan Rayyan tidak sesaki dia pernah dikhianati dan dtinggalkan satu ketika dahulu.

“Malam ni hati mommy tiba-tiba sebak sayu sangat, dah setahun Ryan belajar hidup berdikari jauh dari mommy. Setiap malam Ryan tak lupa telefon ucap ‘goodnight & i love u mommy’.

“Masa ni mommy tahan air mata dan tahan sakit. Sakitnya tak sesakit dikhianati dan ditinggalkan dulu. Kita tak pernah berenggang, kemana saja mommy bawa Ryan.

“Ryan anak yang banyak suka duka, banyak saksi kesedihan mommy.. Ryan yang banyak kena tempias, Ryan saksi segalanya,” tulisnya.

Bagaimanapun, Rita meluahkan rasa syukur anaknya membesar dengan penuh kasih sayang serta merupakan seorang anak yang baik dan mendengar kata.

“Alhamdulillah kamu membesar dengan penuh kelembutan dan kasih sayang dalam hati. Ryan anak yang sangat baik, tidak pernah sesekali tinggi suara pada mommy, patuh setiap kata-kata mommy.

“Maafkan mommy, mommy banyak salah pada Ryan. Tapi percayalah, mommy buat semua ni ada sebab. Hanya Tuhan saja yang tahu. Mommy doakan Ryan jadi seorang lelaki yang penuh belas kasihan, kelembutan dan kasih sayang dalam diri,” tulisnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aniq Suhair

Aniq Suhair Sambut Hari Raya Aidilfitri Dengan Lebih 90 Orang Sepupu

FILEM SISU

Peraduan Jom Menangi Tiket Premiere Menonton Filem SISU