Perkara tersebut dimaklumkan oleh teman lelakinya, Ridhwan Rosli ketika dihubungi portal Gempak dimana pelakon berusia 19 tahun itu ada mengadu tidak sihat.
“Alya demam denggi. Dia tak sihat sejak dekat pejabat lagi. Alya pergi ke pusat perubatan swasta dalam pukul 4 petang.
“Selepas lakukan semua ujian, sekarang kena tunggu keputusan Covid-19 jadi dia kena kuarantin sekurang-kurangnya dalam 48 jam. Itu prosedur biasa sebelum ditahan wad,”
– Ridhwan Rosli
Menurut Ridhwan lagi, anak kepada aktor legenda Allahyarham Azmil Mustapha itu masih dalam keadaan lemah dan sakit badan namun percaya pelakon tersebut sedang dirawat dengan sebaiknya.
Selain itu, Alya menerusi Instastory miliknya turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana menghargai keprihatinan serta doa yang dititipkan untuk kesembuhan dirinya.