in

Sakinah Bakal Isteri Kedua Ashraf Muslim?

[dropcap]B[/dropcap]erita hangat dari meja hiburan di Kosmo semalam, pastinya isu pelakon Ashraf Muslim yang dikatakan akan berkahwin lagi gara-gara mahukan anak hangat diperkatakan di media massa dan di blog hiburan. Terbaru, seorang wanita yang dikenali dengan nama Sakinah (bukan pelakon Sharifah Sakinah tu ye) tampil memberikan kenyataan selepas dirinya dikaitkan bakal bergelar isteri kedua Ashraf.

Memetik laporan Harian Metro hari ini, Sakinah telah mengenali Ashraf sejak beberapa tahun lalu menerusi sebuah program televisyen. Ketika itu Ashraf masih bujang.

“Saya kenal dia sebelum mereka berkahwin lagi. Dayana pun mengenali saya dan kami sudah berjumpa bercakap mengenai hal ini. Cuma dia pesan, kalau boleh elakkan (perkahwinan). Bagaimanapun, jika ia berlaku, dia reda. Bagaimanapun perkara ini terlalu peribadi untuk dikongsi. Lagipun saya harus menjaga hati banyak pihak, bukan saja keluarga saya, tetapi juga keluarga Ashraf dan isterinya.”

Sakinah yang sudah melakukan solat Istiqarah untuk mendapatkan petunjuk.

“Sejujurnya, saya terkejut dan sedih apabila perkara ini dihebohkan di internet. Kalau ikutkan, saya tidak boleh berikan apa-apa komen sebab yang lebih layak bercakap tentang perkara ini adalah Asyraf sendiri.”

Tambah Sakinah lagi, dia terkejut dan sedih apabila berita ini ketahui umum. Lebih-lebih lagi ada pihak yang tidak bertanggungjawab mendedahkan isi kandungan fail permohonan poligami Ashraf di mahkamah syariah.

Sepatutnya, orang itu tidak sepatutnya mendedahkan kepada orang ramai kerana ia disifatkan sebagai pecah amanah. Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Asyraf kepadanya semalam.

Asyraf juga telah menasihati Sakinah supaya bersabar kerana akan bertanggungjawab menyelesaikan masalah ini.

Menurut sumber, Asyraf mengenali Sakinah melalui sebuah program televisyen beberapa tahun lalu dan mula rapat selepas bertukar nombor telefon. Ketika itu Asyraf baru berjinak-jinak mempelajari ilmu perubatan Islam dan masih bujang.

Susulan dengan dakwaan itu, timbul cerita mengatakan punca tindakan Asyraf mahu berkahwin lain disebabkan tiada zuriat dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman. Perkahwinan Ashraf dan anak pengasas pusat perubatan Islam Al-Hidayah, Dayana sudah memasuki tahun ketiga. Mereka bernikah pada 30 Ogos 2011 di Tanah Suci, Mekah.

Dalam pada itu, Ashraf ketika dihubungi media menolak dakwaan rumahtangganya bergolak, namun mengaku pergi ke Mahkamah Syariah atas sebab yang dirahsiakan.

Budiey harap, masalah ini diselesaikan dengan betul untuk mengelakkan gossip yang bertambah teruk lagi. Insyallah, semoga rumah tangga Ashraf sentiasa tenang dan bahagia. Amin.

asyraf muslim

Gambar Asraf Muslim semasa bernikan dengan isterinya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ETCM Lancar Stesen Pengecasan EV di Bangsar Shopping Centre

Gambar Sekitar Majlis Pembacaan Skrip Filem Tujuh