Penampilan sulung Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin di pentas lawak ini membuatkan ramai tertunggu tunggu. Gadis berusia 15 tahun tersebut menyertai kumpulan ABC yang terdiri daripada Chiwan dan juga Achok Chilok. Semalam, mereka bertiga perlu melakonkan sketsa menggunakan loghat Kedah selepas mencabut undi.
Fazura tak berhenti gelak, puji punchline kumpulan ABC semua menjadi
Berkisarkan hidupan berkeluarga, Cik B memegang watak sebagai anak kepada Pak Hamid yang dilakonkan oleh Chiwan. Gadis berkenaan pula diminati seorang jejaka tampan yang dibawakan Achok.
@sukashare03 sape tengok cik b td kat muzikal lawak superstar..selamba je cik b buat lawak.. boleh sebaris jihan ni..😂#cikb #muzikallawaksuperstar
♬ original sound – SukAShAre
Pertemuan semula antara pemuda tersebut dengan pilihan hatinya membuatkan Fazura selaku juri tidak henti-henti ketawa melihat sketsa mereka selain memberikan 5 bintang.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju mereka terhibur dengan gelagat Cik B yang dilihat bersahaja. Selain itu, mereka mengakui gadis berkenaan agak berbakat dalam lakonan secara spontan yang dilakukan.