in

Sajian Menarik Aidiladha 2011 Di RTM

Sajian Menarik Aidiladha 2011 Di RTM

Sebagai usaha untuk menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidiladha 1432H yang bakal disambut 6 November depan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjanjikan tayangan program-program menarik penuh pengisian dan penghayatan untuk dikongsi bersama yang menemui penonton sepanjang tempoh 4 hingga 19 November 2011.

TV1 menyediakan 9 program khas termasuklah siaran langsung Solat Aidiladha dan program-program yang mengisi slot Nurani, Panggung Ahad, Panggung Seri, Dokumentari Khas Aidiladha, Doku Khas JAKIM. Manakala stesen TV2 pula tampil dengan tujuh program menarik; lima buah telemovie selain dua filem melibatkan sebuah filem animasi dan sebuah filem Melayu menarik untuk tontonan di kaca TV RTM.

DRAMA SELAGI ADA WAKTU 2

TV1 menyiarkan program khas awal dua hari sebelumnya, 4 November dengan drama Selagi Ada Waktu, jam 10.30 pagi lakonan Jalil Hamid, Fathil Dani, Watie Sadali dan Ijoy Azhari, berkongsi kisah keinginan Pak Hamdan untuk mengerjakan Rukun Islam ke-5 tahun ini tertunai berkat pengorbanan suci dari Farid, anak yang sering dipinggirkan.

Kemudiannya disiarkan program Dokumentari : Kasih Seorang Rasul pada 5 November, jam 10.00 malam.

Memulakan program khas di TV1 pada 6 November 2011 dengan Siaran Langsung Solat Aidiladha dari Masjid Negara, Kuala Lumpur, jam 8.00 pagi dan disusuli Solat Aidiladha dari Masjidil Haram, Mekah, jam 11.30 malam.
Menyusul dua slot popular di mana Panggung Ahad, jam 10.00 pagi menyiarkan drama Rendang Kasih yang membawakan kisah Izam yang rela mengorbankan masa depan sendiri untuk menjaga adik-adiknya setelah kematian ibu mereka. Lebih malang lagi bapa mereka menghilangkan diri daripada memikul tanggungjawab terhadap keluarga.

Pada hari sama disiarkan juga dua program dokumentari bertajuk Pemburu Kerbau Liar, jam 4.00 petang yang membongkar kehidupan pemburu kerbau liar di Kampung Bukit Lintang dan Kampung Lukut, Kota Tinggi, Johor sebelum menyusul jam 6.30 petang program Doku Khas JAKIM.

Saksikan juga dua drama mengisi slot Panggung Seri disiarkan jam 9.00 malam dua minggu berturut-turut bertajuk 8 Bahagian (12 November) dan Insaf (19 November 2011). Insaf, drama lakonan berkesan Wan Hanafi Su, Aida Khalida, Aznah Hamid, Kartina Aziz, Johan Ariff dan Wan Sharmila mengisahkan watak Pak Dollah yang ingin menunaikan haji namun kerana terperangkap dengan fitnah, impiannya tidak kesampaian apabila dia kemudiannya jatuh sakit dan nazak.

Sementara itu, TV2 menghidangkan lima buah telemovie secara berturut-turut sepanjang minggu meraikan Aidiladha bermula drama Selagi Ada Daya (5 November, jam 10.00 pagi) dan drama sarat pengajaran kepada si kedekut dalam Kedaung yang menyusul kemudiannya pada 6 November, jam 10.00 malam lakonan Zaidi Omar, Faizal Yusof, Wan Maimunah, Azza Elite dan Dato’ Aziz Satar.

Menyusul keesokannya kemunculan Jalil Hamid, Aida Khalida, Yatt Hamzah dan Hairi Othman, jam 2.00 petang dalam drama Qurban Kasih yang berkongsi kisah pasangan Wak Kasman dan Piah yang menjadi pasangan contoh kerana mampu membesarkan 10 anak mereka hingga berjaya. Tibanya musim haji membuka hati anak-anak mereka untuk menghantar kedua ibu bapa mereka menunaikan haji. Namun berlaku sesuatu di luar jangkaan apabila Wak Kasman mengambil keputusan menangguhkan pemergiannya ke Mekah dan menimbulkan kemarahan anak-anaknya.

Pada 8 November, jam 2.00 petang pula kongsi kisah berlaku dalam diri gadis bernama Aina yang hanyut dalam kemewahan sehingga lupa asal-usulnya apatah lagi setelah diberitahu dia hanyalah anak angkat kepada keluarganya. Namun apabila berlaku satu kejadian yang tidak terduga, masih adakah ruang keinsafan untuknya? Drama bertajuk Panas ini dibintangi oleh Fizo Omar, Effa Narisha dan Hasnol Rahmat.

Kisah Seringgit diangkat keesokan harinya, jam 2.00 petang lakonan Redzuan Hashim, Jalil Hamid, Fadhilah Mansor dan Yatt Hamzah.

Khas buat penggemar filem, pastikan anda menonton filem animasi Aladdin pada 7 November 2011, jam 10.00 pagi sebelum diakhiri dengan tayangan filem Masam-Masam Manis, jam 10.00 malam berkongsi aksi mencuit hati Tan Sri P.Ramlee, Sharifah Hanim, Datuk Mahmud June, Minah Hashim dan Raden Sudiro.

DRAMA SELAGI ADA WAKTU

Jalil Hamid dalam drama Seringgit

JALIL HAMID DAN ROY AZMAN DALAM DRAMA SERINGGIT

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kenneth Ma & Joyce Tang Media Prima TV Networks Screenings 2012

Profile J.Cole