Pendedahan Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 39, yang sedang sakit dan menunggu ajal turut meraih simpati orang ramai.
“Saya sebenarnya sakit, sakit kanser.
“Kalau saya tak sempat untuk meminta maaf, saya minta maaf sekarang,” katanya.
Sajat menambah bahawa peminatnya tidak perlu berasa sedih dengan dugaan yang menimpa dirinya.
“Korang tak perlu rasa sedih, kerana saya masih boleh berhibur walaupun menghidap kanser. Bagi saya itu cukup membuat diri saya rasa seronok.
“Tapi, kalau tiba-tiba saya senyap maksudnya saya dah tiada lagi,” katanya sambil menangis di siaran langsung terbabit.
Untuk info, Nur Sajat kini menetap di Australia dan boleh dikatakan rata-rata rakyat Malaysia masih mengikuti perkembangan hidupnya menerusi media sosial kerana gelagatnya mencuit hati ramai orang.