in ,

Sajat Tunai Umrah Berpakaian Wanita, Ini Komen PU Amin & Netizen

MEDIA sosial hari ini kecoh apabila usahawan kosmetik, Nur Sajat berkongsi foto dan video ketika mengikuti rombongan mengerjakan umrah di Makkah bersama keluarga dan rakan-rakan dengan berpakaian wanita.

Perkara itu menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak terutama yang kini berada di Tanah Suci untuk menunaikan ibadah itu kerana sangsi dengan status jantinanya. Salah seorang yang meluahkan kebimbangan ialah Pencetus Ummah (PU) Amin kerana berharap selebriti laman sosial itu mengikut adab sebagai seorang lelaki.

Sajat Tunai Umrah Berpakaian Wanita, Ini Komen PU Amin

PU Amin meluahkan rasa bimbang apabila Sajat menunaikan umrah dengan berpakaian wanita.

“Jangan risau, saya sangka baik Sajat bertudung untuk ambil gambar sahaja. Namun dia berihram seperti lelaki dan solat di bahagian lelaki.

“Harapnya begitulah, jika tidak ia menjadi perkara yang cukup aib. Maruah dan aurat seluruh wanita di Tanah Haram boleh tercemar,”

– Instagram PU Amin

Terdahulu Sajat menerusi laman sosialnya meluahkan rasa syukur apabila rombongan ke Tanah Suci bersama ahli keluarga dan anak angkatnya berjalan lancar dan dipermudahkan.

Perkongsian Sajat mencetuskan pelbagai andaian dalam kalangan netizen.

Sajat Tunai Umrah Berpakaian Wanita, Ini Komen PU Amin

Sementara itu PU Amin berkata, jemaah Malaysia yang sedang menunaikan umrah risau dan kecoh dengan perkara itu.

“Ya betul umrahnya harus dan Allah menerima sesiapa sahaja, cuma perlu jaga hukum hakam aurat… jika tidak rosak ibadah muslimat lain. Mereka kena pakai pakaian ihram dan berpakaian lelaki bagi menjaga kesucian kota Makkah,”

– PU Amin

PU Amin dipercayai kini turut berada di sana.

“Semoga Allah memelihara seluruh muslimat di Tanah Suci Makkah. Ada ibu, kakak, adik perempuan yang mesti dijaga.

“Di Makkah semua jemaah Malaysia agak sibuk dan kecoh membicarakan hal ini.

“Fokus pada ibadah kita semua. Saya faham kerisaun semua jemaah muslimat. Ramai mengadu tadi, jangan risau Allah ada… Allah akan pelihara kita,”

– – PU Amin

Dan di bawah ini Budiey petik beberapa pendapat yang ditulis oleh netizen:

Kes Sajat ni aku tak pernah nak ambil tahu dan selalunya aku malas nak layan tapi kali ni agaknya Sajat dah keterlaluan. 

Sajat memang patut disalahkan. Tapi korang juga patut disalahkan. Korang yang follow, support dengan apa yang dia buat. Kadang-kadang ada yang terlampau obses, terutama bila korang jumpa berdepan dengan Sajat. Korang sendiri yang seperti menggalakkan apa yang dia lakukan.

“Kak Sajat! Kak Sajat!” Masing masing tergedik-gedik, terkinja-kinja kalau nampak Sajat depan mata, especially perempuan yang baru nak up! Daaa… Dengan apa yang berlaku dan terjadi sekarang ni, korang tak boleh nak salahkan pihak kerajaan atau menteri-menteri sebab ini adalah salah dia sendiri. Dia pergi dengan agensi dan agensi dah inform yang Sajat and the geng pergi mengikut syariah yang ditetapkan. Sampai sana semua bertelekung.

Salahkan Sajat! Salahkan diri korang sendiri yang sokong dia, follow dia, yang tergedik-gedik panggil kak Sajat! Kak Sajat! Aku bukan ilmuwan bukan juga agamawan. Tapi aku bercakap berdasarkan apa yang aku nampak. Salahkan korang tu! Sajat, Mokkay, Safiey Illias, Viviana Abdullah, Faiz Roslan, satu pun aku tak pernah follow dan ambil tahu pasal diorang tapi aku tahu apa yang terjadi. 

Semua yang jadi adalah disebabkan korang sendiri! Salahkan korang sendiri! 

Selesai. Sumpah pasal Sajat ke Viviana ke Faiz Roslan ke aku tak pernah kisah pun. Aku tahu aku pun bukannya alim sangat nak cakap macam ni, tapi kadang-kadang rasa bodoh kalau tak bercakap, tapi terlampau bijak bila berkata. Hahaha… Nantikan jew lah apa yang berlaku kat Sajat.

I’m out!

– Ayed

KES Sajat ni mengingatkan saya pada wartawan hiburan paling lejen, Allahyarham Hj Abd Jalil Saleh atau lebih dikenali sebagai Mama Juwie.

Masa awal-awal jadi wartawan jenayah dulu, saya sering terserempak dengan arwah waktu dia datang ke ofis. Arwah ni suka bekerja time malam.

Juwie ni masa hidupnya apa yang orang tak kata kat dia…bapoklah, pondanlah etc. Dia redha je sebab dia dia mengaku dia memang seorang khunsa (ada dua alat kelamin).

Namun, Juwie yang kuat beribadat ni kalau pergi ke Makkah, dia tetap berusaha kelihatan seperti lelaki walaupun kita semua tahu perwatakannya seolah-olah dia lebih kepada seorang wanita.

Takde pulak dia terhegeh-hegeh nak bertelekung bagai depan Kaabah!

Malah dalam banyak coretannya, dia banyak berdoa agar Allah kuatkan keimanannya di sebalik semua cercaan dan hinaan yang dia terima di muka bumi ini.

Hari ini Mama Juwie dah dimamah tanah, tetapi kebaikan dan keluhuran hatinya tetap menjadi bualan mereka yang mengenalinya.

Semoga Sajat diberi hidayah untuk tidak terus kekal dalam dunia kepalsuannya itu.

Semoga Allah menempatkan arwah Mama Salam Juwie di syurga tanpa hisab.

Innalilahiwainalillahirojiun

– Syahril

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Sajat & Kawan-Kawan Selepas Solat di Raudhah Tersebar di Facebook

Zynakal Dedah Dirinya Anak Angkat, Ibu Kandungnya Seorang Pengemis