Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau mesra dipanggil Sajat didakwa sudah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 6 Januari lalu atas pertuduhan berpakaian seperti wanita.
Menurut sumber, usahawan berusia 36 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie Mohamad Khalid Shaee @ Shaii, lapor Utusan Malaysia.
Lelaki itu didakwa atas pertuduhan yang menyebabkan agama Islam dipindang hina dengan tampil berpakaian seperti wanita dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat di Shah Alam pada 23 Februari 2018.
Menurut Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata usahawan berusia 36 tahun itu dituduh atas kesalahan mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.
“Tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah. Selanjutnya, pihak mahkamah akan membicarakan semula kes pada 23 Febuari hadapan.
“Tertuduh dilepaskan dengan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dalam kalangan penjawat awam kumpulan A,â€
– Datuk Mohd Shahzihan Ahmad
Tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Bobo Dimana itu dibebaskan dengan jaminan RM3,000 dan kes akan disebut semula pada 23 Februari ini.
—
Nur Sajat Sudah Didakwa & Mengaku Tidak Bersalah Berpakaian Wanita Di Majlis Bacaan Yasin Dan Solat Hajat
USAHAWAN kosmetik Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mengaku tidak bersalah atas tuduhan sebagai seorang lelaki berpakaian menyerupai wanita pada 2018 lalu.
Menerusi laporan Sinar Harian, Muhammad Sajjad, 36 membuat pengakuan tersebut selepas dibaca di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Khalid Shaee @ Shaii di Mahkamah Tinggi Syariah pada 6 Januari lalu.
Mengikut pertuduhan, dia sebagai seorang lelaki didakwa melakukan kesalahan itu sehingga menyebabkan Islam dipandang hina dan kes tersebut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Syarie, Atras Mohd Zain.
Sajat didakwa melakukan perkara tersebut ketika majlis bacaan Yasin dan solat hajat di premis kecantikannya di Alam Avenue 2, Jalan Serai Wangi di sini pada jam 7.30 malam, 23 Februari 2018.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sajat kemudiannya dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM3,000 dan mahkamah menetapkan 23 Februari depan untuk sebutan semula kes.
Sebelum ini, sebuah rakaman memaparkan Sajat menangis dalam keadaan dirinya bergari menjadi tular di laman sosial.
Sajat menerusi Instagram mendakwa, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) seperti melengah-lengahkan urusan surat jaminan dan turut menyebabkan kecederaan kepadanya ketika proses siasatan dijalankan di Ibu Pejabat JAIS di sini.
Sajat turut mendakwa dia dilayan dengan buruk dan digari sehingga mengalami bengkak di bahagian badan kerana bergelut untuk mempertahankan diri walaupun sudah tampil memberikan kerjasama untuk siasatan pihak JAIS.
Menerusi laporan sebelum ini, JAIS turut mengesahkan pihaknya menjalankan siasatan terhadap usahawan tersebut.
*Sumber: Sinar Harian