Menerusi Berita Harian, pihaknya juga mengambil maklum berhubung video yang ditularkan usahawan berkenaan berkaitan insiden membabitkan dirinya dan beberapa orang penguat kuasa JAIS beberapa minggu lepas. Laporan polis berkaitan insiden itu telah dibuat dan pegawai penguat kuasa berkenaan juga dipanggil untuk memberikan keterangan.
Saya Pakai Tutup Aurat – Sajat
Minggu lepas, usahawan kosmetik yang turut dikenali sebagai Nur Sajat itu ada memuat naik satu perkongsian di Instagram yang merujuk kepada insiden tersebut.
Dia dilihat masih tidak berpuas hati dengan kritikan yang diterima berhubung dengan isu memakai pakaian wanita.
Dalam perkongsian itu Sajat ada mempersoalkan jika mana-mana surah al- Quran mengatakan baju kurung ini milik wanita. Malah, dia juga menegaskan bahawa dirinya masih menutup aurat.
Saya pakai tutup aurat .. cer bagi tahu mana surah mengatakan yang baju kurung itu milik wanita?”
– Sajat
Tambahnya lagi, busana yang dikenakan ituu hanya sekadar fesyen.
Yang saya tahu wanita harus menutup aurat nya.. tak ada pun element tentang fashion dalam surah.”
– Sajat
Sajat juga menggesa pihak berwajib untuk ulaskan hal ini. Malah Sajat juga ada membuat sindiran berkenaan dengan isu semasa.
“Kalau saya salah saya minta maaf..sebab itu yang saya tahu dalam surah..selanjut nya boleh minta berwajib ulaskan..kecoh sgt bila bagi sedekah pakai baju kurung semua nampak salah!!! Korang tu pergi masukkan daging lembu tanpa tahu status halal atau haram mcm mana? Berzaman-zaman kami makan benda tak tahu status nya!”
– Sajat
Dalam pada itu Sajat juga turut mempertikaikan segelintir individu yang membuat perkara haram lebih teruk daripadanya.
Dalam perkongsian itu Sajat ada memuat nai beberapa video sedang berbaju kurung dan kebaya sedang membuat agihan bantuan.
Perkongsian ini juga difahamkan dimuat naik sehari sebelum dirinya di dakwa di Mahkamah.