in , ,

Sajat Didakwa Terlibat Kes Tipu Duit Stokis, Netizen Kecoh Buat Spekulasi

Kecoh di Twitter gara-gara dibanjiri dengan pendapat netizen mengenai sebab utama Sajat yang ditahan oleh pihak berkuasa ketika berada di Bangkok, Thailand.

Ada yang berpendapat Sajat tak bersalah dan buruan pihak berkuasa sehingga menyebabkannya lari ke luar negara hanyalah semata-mata kerana dia bergelar transgender.

Ada yang kata pemburuan Nur Sajat itu sebagai satu hal remeh dan pihak berkuasa perlu memberi fokus pada perkara lain yang dirasakan lebih penting buat masa ini.

Begitupun, seorang pengguna Twitter tampil menyenaraikan kesalahan penipuan Nur Sajat selain isu yang melibatkannya berpakaian dan menyerupai wanita.

“Mengeluarkan bengkung untuk dijual. Melantik stokis. Stokis membayar lebih daripada RM100,000 untuk stok bengkung. Dia ambil duit itu tanpa membekalkan bengkung.

“Stokis kemudian mengambil tindakan undang-undang dan meminta Sajat untuk memulangkan duit. Lalu Sajat membuat laporan polis dan menyaman balik stokis berkenaan, menuduhnya sebagai bekas pekerja yang mengubah wang daripada syarikatnya.

“Sajat kalah dalam kes mahkamah dan diminta untuk membayar stokis itu lebih RM100,000 berserta kos prosiding RM70,000. Tetapi, dia gagal berbuat demikian,”

– pengguna Twitter @santeira.
Screenshot 2021-09-22 at 10.38.02 AM

Menurut pengguna Twitter itu lagi, Sajat menyembunyikan diri di satu tempat yang tidak diketahui dan enggan membayar kembali wang stokisnya yang telah ditipu.

“Surat dikeluarkan tetapi Sajat tidak dapat dikesan. Notis bankrap juga telah difailkan. Dalam masa yang sama, JAKIM turut mencari Sajat,” tulis pengguna Twitter itu lagi.

– pengguna Twitter

Ramai yang dilihat terkejut dengan pendedahan tersebut dan ada yang menyifatkan Nur Sajat sebagai scammer.

Terdahulu, Nur Sajat dilaporkan telah ditahan oleh pihak imigresen Thailand pada 8 September dan dibawa ke mahkamah negara berkenaan keesokan harinya. Bagaimanapun dia dibebaskan pada 10 September dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) oleh seorang warga tempatan.

Sumber: Gempak

Sajat Tukar Nama dengan Panggilan Bella

Selepas berjaya melarikan diri ke Bangkok, Thailand, usahawan kosmetik dalam buruan, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat dilaporkan menggunakan nama popular terbaharunya, Bella.

Nama glamor itu terkenal dalam kalangan rakannya yang juga dilaporkan berperwatakan seperti Nur Sajat.

Sumber memaklumkan Skuad Khas Harian Metro bahawa hasil risikan dilakukan pihaknya, Nur Sajat kini ‘berlagak’ dengan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) yang dikeluarkan ibu pejabat badan itu di Bangkok.

“Dia naik ‘tocang’ juga sebab dibantu negara tertentu dan pihak UNHCR di Thailand. Biarpun dalam proses pemantauan pihak imigresen negara itu yang mana dia perlu melaporkan diri setiap 14 hari, tetapi Nur Sajat dilaporkan aktif beraktiviti di negara itu selepas dibebaskan dari tahanan.

“Kebanyakan aktiviti dilakukannya di dalam kondominium mewah itu. Sesekali kita dapat laporan Nur Sajat keluar bersama rakan-rakan yang membantu dan melindunginya,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, sumber sama berkata, Nur Sajat sebelum ini menggunakan pembantunya di Malaysia untuk mengelirukan pihak berkuasa yang memburunya selepas gagal hadir ke mahkamah di Shah Alam, Selangor.

“Dia gunakan pembantu untuk muat naik statusnya di Instagram konon ada di Danga Bay, Johor pada 28 Ogos lalu.

“Dia sangat licik, perkongsiannya itu kemudian dipetik portal media. Kita percaya itu hanya tindakannya untuk mencabar pihak berkuasa negara ini kerana kita sudah dapat maklumat dia lolos ke Thailand pada awal Mac lalu,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan misteri ‘kehilangan’ usahawan Nur Sajat kini terjawab apabila dia dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu hasil maklumat pihak berkuasa Malaysia.

Untuk rekod, Nur Sajat ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok bersama seorang lelaki warga Thailand yang juga berperwatakan wanita ketika serbuan pihak imigresen pada jam 6 petang waktu Thailand.

Pada 9 September lalu, atas kesalahan itu, Nur Sajat didakwa di mahkamah namun dia dibebaskan keesokannya dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.

Nur Sajat kini diarahkan melaporkan diri ke Ibu Pejabat Imigresen Thailand setiap 14 hari dan ketika ditahan, dia yang sudah menjadi pemegang kad UNHCR mendakwa mahu berpindah ke Australia selepas diburu pihak berkuasa Malaysia dan diugut bunuh kerana umum keluar daripada Islam.

UNHCR Bangkok dilaporkan sudah menyediakan peguam untuknya dan sedang membantu Nur Sajat berurusan dengan Kedutaan Australia di Bangkok untuk dipindahkan ke negara berkenaan.

Difahamkan, usaha sedang giat dijalankan pertubuhan dan negara tertentu untuk menghalang Malaysia membawa pulang Nur Sajat ke negara ini untuk dibicarakan.

laoparmuka1_1632182411

Tindakan Seperti Cabar Pihak Berkuasa

Usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat dilihat masih aktif di media sosial apabila memuat naik video mempromosikan produknya pagi semalam.

Tindakannya itu seperti seolah-olah mencabar pihak berkuasa negara ini selepas dia berjaya meloloskan diri ke Thailand.

Semakan wartawan Skuad Khas Harian Metro mendapati video berdurasi satu minit di aplikasi TikTok itu menunjukkan Nur Sajat melakukan tarian dipercayai di tempat persembunyiannya di Bangkok, Thailand berdasarkan latar belakang dalam video berkenaan.

Video sama turut dimuat naik di laman Instagram menggunakan nama nursajatgold02 kira-kira jam 8 pagi, semalam.

Perkongsian video itu mendapat perhatian warganet yang meninggalkan pelbagai komen mengenai lokasi Nur Sajat tinggal dan penahanannya.

Sementara itu, usaha Skuad Khas Harian Metro menghubungi Nur Sajat gagal, malah individu yang menjawab pertanyaan menerusi nombor telefon yang tertera di media sosialnya juga mendakwa ia bukan milik Nur Sajat.

“Saya bukan Nur Sajat mak cik pak cik, maaf sangat,” balas individu itu di aplikasi WhatsApp.

Sajat Lolos: Bukit Aman Siasat Siapa Membantunya

Polis sedang menyiasat dakwaan terdapat individu yang membantu Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat sehingga usahawan kosmetik itu berjaya meloloskan diri ke Thailand.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, jika benar terdapat maklumat mengatakan dia dibantu individu bagi membolehkan dirinya berjaya bolos hingga ke Thailand, pihak polis akan menjalankan siasatan.

Menurutnya, siasatan dan maklumat itu nanti juga akan diserahkan kepada pihak berkuasa bagi menentukan kaedah supaya sempadan tidak mudah dibolosi.

“Kita tidak mahu lagi kejadian yang berlaku kepada Nur Sajat yang berjaya bolos di sempadan negara bolos (berulang) lagi.

“Jadi hasil siasatan dan maklumat itu akan diberi kepada pihak berkuasa di sempadan bagi mengelak kejadian sama berulang,” katanya.

Abd Jalil berkata, walau sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga seperti yang berlaku ke atas Nur Sajat.

“Dia sudah dituduh oleh pihak berkuasa Thailand atas akta imigresen namun dia memohon taraf pelarian Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

“Mereka sedang berusaha membolehkan dia (Nur Sajat) dianggap pelarian di Thailand,” katanya.

Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berusaha bersama pihak Kementerian Luar Negeri dan pejabat Peguam Negara untuk proses membawa pulang Nur Sajat.

“Terpulang kepada pihak berkenaan memberi kuasa kepada kita bagi membolehkan dibawa pulang melalui proses undang-undang Malaysia dan antarabangsa.

“Kita nasihatkan dia kalau dia dengar berita ini kita minta dia pulang dengan cara baik untuk berhadapan kes yang perlu dilaluinya,” katanya pada sidang media di bengkel lori digunakan sindiket mencuri lori di sini, hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, misteri ‘kehilangan’ usahawan Nur Sajat kini terjawab apabila dia dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu hasil maklumat pihak berkuasa Malaysia.

Untuk rekod, Nur Sajat, ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok bersama seorang lelaki juga berperwatakan wanita warga Thailand ketika serbuan pihak imigresen jam 6 petang (waktu Thailand).

Pada 9 September atas kesalahan itu, Nur Sajat didakwa di mahkamah Thailand. Usahawan kosmetik itu bagaimanapun dibebaskan pada 10 September dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.

Nur Sajat kini diarahkan melaporkan diri ke Ibu Pejabat Imigresen Thailand setiap 14 hari dan ketika ditahan, dia yang kini sudah menjadi pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) mendakwa mahu berpindah ke Australia selepas diburu pihak berkuasa Malaysia dan diugut bunuh kerana umum keluar daripada Islam.

Skuad Khas Harian Metro turut mendedahkan, bagaimana penyamaran dilakukan usahawan kosmetik itu yang mengenakan purdah dan niqab serta membayar RM20,000 kepada seorang lelaki untuk diseludup keluar dari Malaysia.

Lelaki terbabit dilaporkan berjaya menyeludup keluar Nur Sajat menggunakan gerabak keretapi di Padang Besar Perlis, sebelum diserahkan kepada lelaki lain sebaik mereka tiba di Hat Yai, Thailand.

Nur Sajat kemudian dibawa lelaki itu ke Bangkok dan menjadikan sebuah kondominium mewah di kota raya itu sebagai pusat persembunyian sehinggalah dia ditahan.

Bukit Aman Sahkan Sajat Sedang Pohon Ekstradisi

Bukit Aman mengesahkan usahawan kosmetik dalam buruan, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat telah ditangkap pada 8 September lalu oleh pihak Imigresen Thailand.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan dalam satu kenyataan, Muhammad Sajjad, 36, ditahan atas kesalahan memiliki pasport yang tidak sah.

“Pada 9 September suspek telah dihadapkan ke mahkamah Thailand atas kesalahan imigresen dan dikenakan hukuman denda.

“Suspek turut dikehendaki di Malaysia bersabit Seksyen 9 Repot: 345/2021 di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Sekyen 353 Kanun Keseksaan.

“Ia kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya,” katanya.

Pada masa sama, Abd Jalil mengesahkan pihaknya kini dalam proses memohon ekstradisi bagi membawa pulang Muhammad Sajjad.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Muhammad Sajjad kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab.

Perbicaraan itu membabitkan kesnya yang dituduh berkelakuan dan berpakaian menyerupai wanita pada tahun 2018 di Shah Alam.

Bukit Aman Lengkapkan Dokumentasi Bawa Pulang Sajat

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dalam proses melengkapkan segala dokumen bagi mengekstradisi usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat dari Thailand ke negara ini.

Sajat sebelum ini dikategorikan sebagai orang dikehendaki selepas Mahkamah Tinggi Syariah mengeluarkan waran tangkap kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu selepas kes berkenaan disiasat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata pada masa ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerjasama dengan Peguam Negara dan Kementerian Luar untuk membolehkan proses membawa pulang Sajad berjalan lancar.

“Ia bagi memberi kuasa kepada pihak PDRM untuk membolehkan Sajat dibawa pulang mengikut saluran undang-undang antarabangsa.

“Berdasarkan maklumat kita terima, Sajat memaklumkan kepada pihak berkuasa Thailand bahawa beliau adalah pelarian selepas memiliki kad Suruhanjaya Pelarian Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR),” katanya pada sidang media di Rawang, di sini, hari ini.

Abd Jalil menasihatkan Sajat supaya pulang secara baik supaya pendakwaan kes yang sedang dihadapinya dapat diselesaikan.

Dalam perkembangan berkaitan, JSJ Bukit Aman turut menyiasat mengenai pihak yang membantu Sajat lolos ke Thailand ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Abd Jalil berkata, siasatan dan maklumat itu juga akan diberi kepada pihak berkuasa di sempadan bagi mengelak kejadian melepasi sempadan, berulang.

Sajat kini diarah melaporkan diri ke Ibu Pejabat Imigresen Thailand setiap 14 hari dan ketika ditahan, dia yang kini sudah menjadi pemegang kad pelarian UNHCR mendakwa mahu berpindah ke Australia selepas diburu pihak berkuasa Malaysia dan diugut bunuh kerana umum keluar daripada Islam.

Nur Sajat Lolos: KTMB Tidak Bertanggungjawab Isi Kontena

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tidak bertanggungjawab ke atas segala isi kandungan kontena yang disewa para pelanggan sama ada kosong atau bermuatan.

Operator rel tempatan itu bagiamanapun memberi jaminan bahawa pihaknya sedia melakukan proses siasatan dalaman berhubung kes Nur Sajat meloloskan diri dengan menaiki kargo tren KTMB.

“Fasiliti dan terminal kargo KTMB di stesen Padang Besar, Perlis adalah kawasan yang amat dikawal ketat oleh pihak berkuasa termasuk kastam,” katanya menerusi kenyataan di ibu negara.

Ia merujuk pelbagai laporan portal media tempatan hari ini mengenai isu usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat yang melarikan diri ke Thailand menerusi kontena diuruskan syarikat rel itu.

Bagaimanapun suspek itu berjaya ditahan pihak imigresen Thailand di sebuah kondominium mewah di Bangkok pada 8 September lalu dengan seorang pondan warga tempatan.

Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, kemudian didakwa di mahkamah, namun telah dibebaskan keesokan hari atas jaminan seorang rakyat Thai.

Berita itu tular diperkatakan dan menjadi bahan jenaka pengguna media sosial kerana beliau berjaya melepaskan diri hanya dengan menyeludup dalam sebuah kargo kereta api.

Mengulas lanjut, KTMB menegaskan bahawa setiap tren barangan yang merentasi sempadan antarabangsa perlu melepasi pemeriksaan cukup teliti oleh pihak berkuasa kedua-dua negara.

“Proses rumit ini melibatkan prosedur operasi standard ketat termasuk pemeriksaan dokumentasi serta fizikal ke atas gerabak dan barangan yang dimuatkan,” jelas kenyataan operator rel itu.

Nur Sajat dipercayai menaiki sebuah kereta dari Lembah Klang menerusi laluan Lebuh Raya PLUS sebelum menaiki kargo tren KTMB di Padang Besar sehingga ke Hatyai, selatan Thailand.

Beliau menghilangkan diri selepas Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada 23 Februari lalu mengeluarkan waran tangkap kerana gagal hadir perbicaraan kes hina agama Islam. – UTUSAN

Sajat Lolos Guna Gerabak Keretapi: Ktmb Jalankan Siasatan Dalaman

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menjalankan siasatan dalaman mengenai tindakan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat yang dikatakan meloloskan diri ke Thailand menggunakan gerabak keretapi di Padang Besar, Perlis.

KTMB dalam kenyataannya mengulas laporan muka hadapan Harian Metro hari ini memaklumkan, fasiliti dan terminal kargo KTMB dikawal ketat oleh pihak berkuasa seperti Polis Bantuan serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

“Kontena kargo yang dibawa ke Thailand adalah milik syarikat perkapalan yang disewa oleh pelanggan KTMB di Malaysia dan Thailand.

“KTMB tidak bertanggungjawab di atas kandungan kontena berkenaan sama ada kontena kosong atau bermuatan,” kata kenyataan itu, hari ini.

Menurutnya, setiap tren kargo yang membuat perjalanan merentasi sempadan antarabangsa perlu melepasi pemeriksaan yang diteliti oleh pihak berkuasa kedua-dua negara sempadan.

Katanya, proses itu membabitkan pemeriksaan dokumentasi dan fizikal ke atas gerabak serta barangan.

Justeru, KTMB akan menjalankan siasatan dalaman mengenai perkara itu.

Harian Metro hari ini melaporkan, misteri ‘kehilangan’ usahawan Nur Sajat kini terjawab apabila dia dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu hasil maklumat pihak berkuasa Malaysia.

Untuk rekod, Nur Sajat, ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok bersama seorang lelaki juga berperwatakan wanita warga Thailand ketika serbuan pihak imigresen jam 6 petang (waktu Thailand).

Pada 9 September atas kesalahan itu, Nur Sajat didakwa di mahkamah Thailand. Usahawan kosmetik itu bagaimanapun dibebaskan pada 10 September dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.

Nur Sajat kini diarahkan melaporkan diri ke Ibu Pejabat Imigresen Thailand setiap 14 hari dan ketika ditahan, dia yang kini sudah menjadi pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) mendakwa mahu berpindah ke Australia selepas diburu pihak berkuasa Malaysia dan diugut bunuh kerana umum keluar daripada Islam.

Skuad Khas Harian Metro turut mendedahkan, bagaimana penyamaran dilakukan usahawan kosmetik itu yang mengenakan purdah dan niqab serta membayar RM20,000 kepada seorang lelaki untuk diseludup keluar dari Malaysia.

Lelaki terbabit dilaporkan berjaya menyeludup keluar Nur Sajat menggunakan gerabak keretapi di Padang Besar Perlis, sebelum diserahkan kepada lelaki lain sebaik mereka tiba di Hat Yai, Thailand.

Nur Sajat kemudian dibawa lelaki kedua itu ke Bangkok dan menjadikan sebuah kondominium mewah di kota raya itu sebagai pusat persembunyian sehinggalah dia ditahan.

Serah Sajat Kepada Mahkamah Sebaik Dibawa Pulang – Jais

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan menyerahkan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat kepada mahkamah sebaik diserahkan oleh polis.

Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, dengan penahanan itu, usahawan kontroversi berkenaan akan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk dibicarakan susulan ia tertangguh selepas Nur Sajat melarikan diri.

Katanya, pihaknya menunggu untuk menyerahkan Nur Sajat kepada mahkamah dan hakim akan menetapkan tarikh perbicaraan yang baharu.

“Jais menunggu untuk menyerahkan Nur Sajat kepada mahkamah dan selepas itu terserah kepada hakim untuk membuat keputusan mengenai kesnya.

“Pihak kita hanya akan dirujuk kerana lebih tahu mengenai prosedur Mahkamah Syariah,” katanya ketika dihubungi.

Pada 23 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Nur Sajat kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab.

Perbicaraan itu membabitkan kes Nur Sajat dituduh berkelakuan dan berpakaian menyerupai wanita pada 2018 di Shah Alam.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 10 (a) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Walaupun Cik Lan Lembut Tapi Tetap Bernafsu Lelaki” – Roslan Shah

Giliran Kumpulan Dolla Pula Mewakili Malaysia di Papan Iklan New York Times Square