Terbaru, menerusi siaran langsung di TikTok, Sajat menjawab persoalan netizen yang bertanya mengenai kes memakai telekung dan berpenampilan seperti wanita ketika menunaikan Umrah.
Menjawab soalan yang diajukan oleh seorang netizen, Sajat berkata dia memakai telekung dan bertudung ketika berada di Mekah kerana dipaksa untuk berbuat demikian atas arahan pihak imigresen di sana.
“Tak, kat Mekah tu memang saya kena pakai macam tu. Memang, lillahi ta’ala, sumpah. Memang saya sampai di imigresen, mereka suruh saya pakai tudung, suruh saya solat pakai hijab (telekung),” katanya.
Menurut Sajat lagi, dia menegaskan apa yang diberitahunya itu bukan satu penipuan serta berani bersumpah di atas nama ibu dan bapanya.
“Lillahi ta’ala, sumpah, lillahi ta’ala, kalau saya menipu, matilah mak bapak saya,” katanya.
Perkongsian Sajat itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan pihak imigresen meminta usahawan itu berbuat demikian kerana susuh tubuhnya boleh mengganggu jemaah lelaki.