Malah, ramai selebriti tidak kisah untuk berniaga di gerai atau tepi jalan asalkan mempersoleh rezeki yang halal. Namun, ada segelintir pihak yang memandang rendah usaha golongan selebriti yang berniaga.
Tidak dinafiikan selebriti masa kini dilihat semakin bijak mengambil peluang untuk mempelbagai mata pencarian mereka khususnya dengan menceburi bidang perniagaan. Namun yang kurang menariknya apabila wujud persepsi negatiif terhadap golongan selebriti yang berniaga seperti yang dilalui pelakon Saharul Ridzwan.
Pelakon Saharul Ridzwan mengakui berasa agak kecewa kerana masih ada individu yang berfikiran cetek apabila tampil memperlekehkan usahanya mencari rezeki lebih apabila dia kini mula menceburi perusahaan menjual pisang.
Dia dilihat telah memuat naik tangkap layar sebuah mesej yang diterimanya menerusi Instagram dan dalam kiriman tersebut, individu tersebut berkata bahawa perniagaan menjual pisang itu merupakan sesuatu yang memalukan memandangkan statusnya sebagai seorang artis.
Malah, netizen tersebut turut bertanyakan soalan biadap adakah pelakon itu sudah tidak menerima tawaran berlakon sehingga terpaksa menjual pisang.
Hanya menjawab kritikan dengan tenang dan bersahaja, Saharul berkata bahawa perniagaan menjual pisang bukanlah sesuatu perkara yang memalukan. Malah, dia tidak kisah melakukan apa jua pekerjaan asalkan ianya rezeki yang halal.
Tidak mudah melatah dengan mesej negatif daripada netizen itu, Saharul turut mempersoalkan sudah masuk tahun 2021 namun masih ada lagi pemikiran negatif seperti itu.
“Lagi berapa jam je nak masuk 2021. Apa masih ada ke pemikiran macam ni? Tak apalah. Asal barang jadi rezeki, rezeki yang halal. Kita usaha ke arah tu,”
Diruangan komen, rata-rata netizen menasihatkan Saharul agar tidak ambil peduli dengan komen negatif individu tersebut dan menjadikannya sebagai pembakar semangat untuk terus maju dalam dunia perniagaan.
Sebelum ini, pelakon drama Cinta Sekali Lagi itu ada berkongsikan mengenai projek terbarunya kini iaitu perusahaan menjual pisang berangan. Saharul juga dilaporkan telah berjaya menjual hampir 200 Kg pisang hanya dalam masa 40 minit ketika jualan promosi, baru-baru ini.