Isteri kepada pelakon Saharul Ridzwan, Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir terkejut menerima hadiah sebuah kereta daripada suaminya. Menerusi akaun Instagram, Deena berkongsi momen manis itu bersama pengikutnya.
Menurut Deena, dia tidak menyangka Saharul akan membuat kejutan memandangkan sambutan ulangtahun perkahwinan mereka adalah pada 16 September.
“Kejutan suami! MasyaAllah. Terkejut betul tadi sebab kami punya ulangtahun perkahwinan adalah pada 16 September.
“Tapi dapat hadiah hari ini. Dia suruh siap tadi sebab nak record video untuk review (katanya). Habis lah comot muka Deena, mascara meleleh sebab menangis,” kongsinya.
– IG Deena
Tambah Deena, dia bersyukur dan berterima kasih kepada suaminya atas hadiah dan kasih sayang yang dicurahkan kepadanya.
“Allahuakbar sayang, terima kasih untuk cinta dan usaha yang telah diberikan selama ini.
“Doa saya sentiasa untuk awak,” ujarnya.
– Deena
Sementara itu, Saharul berkata, dia percaya setiap suami wajib menggembirakan isteri dengan berkongsi rezeki dan bukannya menganggap pasangan sebagai beban sebaliknya pembawa rezeki.
“Kalau rasa isteri itu beban, maka ia akan jadi beban dalam hidup. Tapi jika anggap isteri sumber asbab rezeki, ia akan jadi ‘magnet rezeki’.
“Nak rezeki sentiasa datang, dahulukan isteri lebih daripada orang lain sebab bidadari kita tak pernah berhenti mendoakan dan dia adalah punca rezeki dalam rumah tangga,” katanya.
– Saharul Ridzwan
Saharul berkata, jantung sebuah rumah ialah seorang isteri. Jika hatinya tak bahagia, maka seisi rumah akan kena tempias nampak tak bermaya.
“Untuk semua suami, sayangilah isteri anda supaya dia sentiasa gembira dan berdoa untuk kita. Syukur pada Allah pemberi rezeki. Tiada yang boleh beri sesuatu melainkan Allah. Terima kasih Allah,”
– Saharul Ridzwan
Saharul dan Deena berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan cahaya mata pertama bernama Muhammad Luth Ali yang kini berusia tiga tahun.
Jun lalu, mereka menimang anak kedua iaitu bayi perempuan yang dinamakan Fateema Azzahra.