in ,

Saharul Ridzwan Dilantik Jadi Duta Hotel Erya By Suria

Pada hari ini, Budiey dijemput untuk mengikuti rombongan media ke Suria Resort Hot Springs, Bentong, Pahang untuk menghadiri Majlis Pelancaran Duta dan juga Penjenamaan semula Suria Resort. Terima kasih Suria Resorts sudi menjemput Budiey.com untuk buat liputan di acara ini.

Terlebih dahulu, Budiey nak ucapkan tahniah buat pelakon Saharul Ridzwan yang telah dipilih untuk menjadi duta jenama terbaru Erya By Suria.

Nama Erya adalah graduasi dari Suria. Banyak sangat nama Suria telah digunakan di mana-mana. Sesuailah dengan itu, ditukar kepada nama Erya By Suria.

 

 

REBRANDING – REGENERATIVE – REMODEL – REACTIVE

SURIA RESORTS & HOTELS adalah sebuah ikon jenama perhotelan bumiputera yang telah bertapak sejak tahun 2000 berteraskan patuh syariah yang kini telah maju kehadapan lagi sejajar dengan visi 2050 negara, dibawah naungan Yayasan Amal Mutaqin Sdn Bhd yang telah merentasi sempadan masa dan sempadan selama 17 tahun.

Selama ’17 Years Old… Our Journey’ Suria Resorts & Hotels’ mengorak getir perjalanan dengan objektif jitu kini kearah satu fasa Solidatari atau pemantapan struktur organisasi, idelogi pemasaran kreatif, Penuh Pengukuhan dan Penuh Pengisian yang seiring dengan arus milenia yang semakin mencabar. Pertumbuhan Ekonomi Industri dengan tumbuhnya Butik- Butik hotel dinegara ini sedikit sebanyak memberikan satu impak cabang cabaran yang kompetetif lantas membangkitkan semangat Suria Resorts & Hotels untuk berdaya saing dengan lebih lagi.

Justeru itu setelah perincian dan butiran yang dibuat dibantu oleh pihak konsultan penjenamaan CYDASTUDIO International sudah tiba masanya untuk sesuatu perubahan, satu transformasi, satu proses metamorphosis dari satu tanda aras kearah tanda aras yang lebih mencabar lagi. Metamorphosis atau perubahan ini sejajar dengan petikan.

ERYA by Suria adalah simbolik kepada satu perubahan atau metamorphosis dengan ritma RIA merupakan penjenamaan transformasi dari tanda aras yang selesa ke satu tanda aras yang menawarkan hospitaliti perhotelan yang lebih kompetetif.

Perubahan fasa pertama ‘ERYA by Suria’ menitikberatkan direktif-direktif seperti berikut ;

Penamaan baru atau ‘Penjenamaan’,
Pembaharuan Korporat logo artistik visual,
Pemantapan dari segi perincian Enam (6) Segmentasi Pemasaran,
Pemantapan latihan perindustrian dari segi teknikal dan vokasional melalui Suria Program, Dan Perlantikan Duta

Justeru itu, inisiatif perubahan ‘ERYA by Suria’ positif agar dapat mengorak langkah menjadi Ikon Perhotelan Bumiputera. ‘ERYA by Suria’ adalah dari mula merupakan salah sebuah hotel berlandaskan patuh syariah. Sejajar dengan globalisasi ‘Ke arah Planet 21’ dengan menggabungkan ciri-ciri Hotel Hijau atau ‘Green Hotel’. ‘Eco-Muslim Hotel’ terma baru yang digabungkan melalui kedua gabungan diatas adalah direktif baru yang akan diterapkan dalam Fasa pertama ini.

Pendekatan ‘Eco-Sustainable hotel towards Planet 21’ merupakan batu asas tatacara jenama hotel-hotel besar diserata dunia contohnya HILTON GROUP, ACCOR GROUP dan lain-lain lagi. ‘Eco-Sustainable Hotel’ akan diterapkan secara berperingkat dengan mengambil kira pengurusan air, elektrik, kitar semula dan sebagainya. Melalui pendekatan ECO-MUSLIM HOTEL ianya dapat meningkatkan satu tanda aras strategi pemasaran and pengurusan dan juga dapat mengurangkan kos penyelenggaraan.

Direktif Enam segmentasi pula akan mengambil langkah pemfokusan secara kolektif dan perincian kelebihan disetiap lokasi Merang, Cherating, Janda Baik, Bentong, Johor Bharu dan London. Enam segemntasi yang ditawarkan adalah ERYA LUXY, ERYA EXEC, ERYA FAMY, ERYA ENVI, ERYA SYLO dan ERYA CAMP. Sebagai contoh ERYA SURIA JOHOR BHARU dari segi kelebihan lokasi yang terletak di tengah bandaraya Johor Bharu dan berhampiran dengan KOTA ISKANDAR dan SINGAPURA rata-rata business traveler. Oleh itu dengan memfokuskan servis lengkap untuk seorang eksekutif disamping ‘Value Added’ perkhidmatan yang ditawarkan lengkap ‘OFFICE on GO’ infrastruktur seolah-olah berada di dalam bilik eksekutif. Melalui segmentasi, ‘Target Market’ akan lebih fokus dan dwifungsi segmentasi akan dapat meningkatkan jualan.

Direktif Pembangunan ilmiah pula akan menitikberatkan program-program baru masa singkat yang lebih komprehensif, kursus-kursus perhotelan yang lebih terperinci. Penambahan biasiswa dan siri anugerah kecermelangan akan diberikan supaya dapat melahirkan pemangkin dan pelapis pengurusan hotel yang lebih efektif dan professional. Oleh itu ERYA by Suria menawarkan satu program yang diberi nama ERYA GRAD yang merupakan satu program aperantis khusus.

Dan akhir sekali pendekatan sosial media dan penglibatan selebriti melalui beberapa program juga akan melengkapkan anjakan paradigma fasa pertama penjenamaan ini. ERYA by Suria telah memilih Selebreti yang mempunyai rating popular yang tinggi. Saharul Ridzwan merupakan pelakon, pengacara dan model serta pemenang beberapa Anugerah Drama dan Bintang Popular. Beliau d

Transformasi ERYA by Suria perlu dilentur dan digilap melalui beberapa fasa perubahan yang dijangkakan tempoh matang sehingga 2025. Perubahan yang praktis, inovatif, dan perspektif memberi nafas baru bagi ERYA by Suria agar lebih maju kehadapan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mat Dan atau Kareef Daniel Abdullah Nikah Gadis Melayu Tempatan

Tempah Tempat Duduk Percuma AirAsia Sekarang!