in

SAH! Fasha Sandha Kahwin Tahun Ini

Syabas & tahniah Budiey ucapkan kepada Fasha Sandha kerana beliau akhirnya akan berkahwin dengan Jejal pada tahun ini. Ini disahkan sendiri oleh Fasha yang bakal menamatkan zaman daranya tahun ini sekaligus mengesahkan perhubungan kontroversinya dengan kekasihnya, Jejai atau Toh Muda Rizal Ashram Ramli.

Fasha dalam laporan Harian Metro pada Selasa dipetik sebagai berkata, dia sudah pun menerima lamaran Jejai dan memberitahu kekasihnya itu sudah pun bertemu dengan keluarganya untuk merisik.

Fasha Sandha

“Alhamdulillah saya terima lamarannya dan dia sudah bertemu keluarga saya untuk merisik”, katanya.

Pelakon berusia 28 tahun kelahiran Johor Bahru itu mengulas pelbagai desas-desus terbaru mengenai persiapan perkahwinannya termasuk gambar mereka menghadiri kursus kahwin di Setiawangsa minggu lalu yang mula tersebar di Internet.

“Memang saya dan Jejai menghadiri kursus kahwin minggu lalu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan ia satu pengalaman yang baru buat saya. Saya akur dengan gambar yang tersebar kerana status sebagai selebriti membuatkan saya tidak boleh lari. Namun, perkara baik seperti ini tiada apa yang perlu disembunyikan lagi. Insya-Allah jika tiada aral melintang dan diberikan rezeki, kami berkahwin dalam tahun ini.”

Selain gambar pasangan itu mengikuti kursus persediaan perkahwinan, turut tersebar di Internet dan disiarkan di portal hiburan ialah gambar mereka mencuba busana pengantin di sebuah butik.

Bagaimanapun, ketika diminta mengulas lanjut mengenai tarikh dan lokasi perkahwinan, Fasha enggan memberitahu kerana belum bersedia dan menanti waktu sesuai untuk diumumkan. via Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Music Video Superstar Prema Yin Release 9 March

Ulasan Pilih Kasih Minggu Ke-5