Setelah terkeluar, Dekna disoal tentang status dirinya yang dikatakan telah pun bertunang. Tanpa berselindung lagi, Dekna mengaku yang dirinya menjadi tunangan kepada seorang anggota polis dari Ipoh, Perak sejak setahun yang lalu. Namun, Dekna sebenarnya masih merahsiakan identiti tunangnya.
Satu tindakan yang bijak oleh Dekna kerana tidak berselindung & Dekna pun pastinya tidak mahu perkara yang remeh-temeh ini diulang-soal oleh media.
Rupa-rupanya, selendang hitam-merah yang menjadi trademark Dekna ketika berada dalam akademi adalah hadiah pemberian tunangnya. Patutlah selendang tu selalu je terikat dipinggang Dekna. Pengubat rindu, katanya.
Bagaimana pula gosip Dekna dengan Rizal yang dicanang-canang oleh Astro? Sedangkan menurut Dekna, Rizal hanyalah seorang kawan. Tidak lebih dari itu.
Seperti juga Rizal yang rasanya akan dilamar oleh penerbit dan pengarah filem, Dekna pun tak terkecuali. Melihat pada karakter dan kebolehan Rizal dan Dekna membawa watak dengan begitu baik. Amy Mastura yang pernah membuat kejutan kat Dekna pun bersetuju.
Masa tengok Dekna dalam muzikdiria Ahad lalu, saya kira Dekna jenis yang tidak sombong dan pandai melayan peminatnya. Semoga Dekna tidak akan lupa diri seandainya berjaya menjadi bintang. Anggaplah kritikan pengkritik itu sebagai kata semangat.
Kalau tidak macam kata pepatah… kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai, Pastu ada lak yang pandai-pandai duk sambung… buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai la kalau tak nak rumah tu dilanda ombak. Ada ke macam tuh?
sumber: mStar Online
kredit foto: Utusan