in , ,

Sah! Abhishek Bachchan & Aishwarya Rai Bertunang, Netizen Doakan Yang Terbaik

Abishek Bachchan lahir pada 11 Feb 1976. Umur: 30 tahun. Aishwarya Rai lahir pada 1 November 1973.

Tiada berita paling hangat di Bollywood sekarang ini selain daripada berita sensasi pertunangan Abhishek Bachchan dan Aishwarya Rai telah bertunang dengan sah! Kompem!

Tidak lama dulu pun, banyak khabar angin mengatakan mereka dah bertunang. Dan yang paling over, ada yang mengatakan mereka sudah pun berkahwin. Namun, semua itu tidak betul… dan tidak diperakui oleh pasangan bercinta itu.

Abhishek-Bachchan-Aishwarya-Rai-Bachchan
Aishwarya Rai & Abhishek Bachchan

Namun, berita yang saya dengar hari ini bahawa kedua artis paling panas itu telah menjalani majlis pertunangan di kediaman Aishwarya Rai.

Walau bagaimanapun, tarikh majlis perkahwinan mereka masih belum diputuskan lagi. Yang pastinya, orang pertama yang paling gembira dengan pertunangan pasangan pelakon Bollywood ini ialah ayah kepada Abhishek iaitu Amitabh Bachchan… dah lama juga dia menantikan anak lelakinya itu melangsungkan perkahwinan, seterusnya menanti menantu yang sedia dikenali dan menimang anak cucu… (boleh ke kekal ke anak cucu?)

Tahniah buat pasangan No. 1 Bollywood ini…

Keluarga mereka pun menyambut baik keputusan Abhishek… dan yang pastinya, mungkinkah perkahwinan mereka akan menempa sejarah “Wedding of the year 2007” di Bollywood? Apa pendapat anda?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Temubual Eksklusif Bersama Waiem

Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Filem SYAITAN Lakonan Rosyam Nor