Menurut Safiey faraj seorang pondan dan transgender selepas melakukan pembedahan plastik boleh berfungsi sama dengan faraj perempuan kecuali untuk datang bulan dan hamil. Pengikut IG itu bertanyakan soalan tersebut menerusi DM mesej peribadi di akaun Instagram (IG) miliknya.
Safiey memuat naik paparan skrin soal jawab mengenai perkara tersebut di satu entri di IGnya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang akui ia soalan dan jawapan yang bagus didedahkan kerana turut telah menjadi kemusykilan ramai orang di luar.
“Betul kadang-kadang kita tak tahu kan nak tahu juga.
“matilah nak, soalan macam ni ditanya. Safiey anggap jelah mereka semua nak menimba ilmu.
“Huish berani dia tanya tapi bagus Safiey rilek je jawab
“Ni tak lucah ni sains tulen laaa. Hahahaha,”
– Komen Pengikut IG
Baru-baru ini, Safiey mendedahkan dia baru sahaja menjalani rawatan ke atas bentuk mukanya selepas pipinya diddakwa kelihatan pelik.