Kembara cantik SAFI membuka lembaran tahun baru dengan ketibaan di destinasi bertemakan warna warni budaya dan estetika Kota Maghribi memperkenalkan inovasi kecantikan terbaru khasiat terkitab SAFI. Ia tercipta khusus menjadi perisai mahkota martabat terperlihara muslimah.
Rambut adalah mahkota setiap wanita dan ia melengkapkan sisi pesona keayuan mereka dan pemacu kekuatan personaliti wanita hebat. Namun wanita bertudung di Malaysia sering berhadapan dengan pelbagai masalah kulit kepala dan rambut oleh kerana cuaca yang terik dan lembap. Lanjutan itu, rambut wanita yang bertudung amat mudah berpeluh dan berbau sekaligus menyebabkan kulit kepala menjadi gatal, tidak sihat dan merasa tidak selesa. Rambut memang sama hitam tetapi setiap individu memerlukan manfaat khusus.
[pullquote align=”right”]Safi Shayla Diperkaya Manfaat Habbatus Sauda Lembayung Pupur Penjagaan Rambut Terulung Wanita Bertudung Sebuah Lagi Inovasi Kembara Cantik Daripada Safi Jenama Halal No.1 Tempatan[/pullquote]
SAFI Jenama halal nombor satu tempatan menzahirkan khasiat terkitab dengan teras teknologi di dalam inovasi kecantikan terbarunya SAFI SHAYLA. SAFI SHAYLA pupur penjagaan rambut khusus untuk wanita bertudung memberikan nadi kepada mahkota setiap wanita dengan 1001 manfaat Habbatus Sauda.
Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Kekallah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya itu ada penawar bagi segala penyakit kecuali mati.”
SHAYLA yang dipetik dari perkataan arab yang membawa maksud selendang ini yang dipakai bersama abaya adalah rangkaian lengkap produk penjagaan rambut khusus yang pertama untuk wanita bertudung daripada SAFI – jenama halal nombor satu tempatan.
Diperkaya dengan manfaat Habbatus Sauda dengan formulasi mengurangkan kegatalan kulit kepala para pakar penyelidikan dan pembangunan produk Wipro Unza menzahirkan setiap keperluan khusus mahkota anda. Terbentang untuk anda sebuah inovasi rangkaian produk penjagaan rambut dengan 3 Variasi produk hebat iaitu 4 variasi syampu, penyegar kulit kepala dan perapi rambut sesuai untuk semua jenis rambut.
Pilih daripada rangkaian syampu berikut SAFI SHAYLA – LICIN TERURUS dengan Multivitamin, SAFI SHAYLA – SEGAR BERMAYA diperkuat dengan Nano Lipid Enhancer, SAFI SHAYLA – ANTI KELEMUMUR dengan ZPT dan SAFI SHAYLA – KAWALAN RAMBUT GUGUR dengan Protein.
Kekalkan kelembapan mahkotamu dengan PERAPI RAMBUT – SAFI SHAYLA dengan 2x ganda manfaat Habbatus Sauda serta Multivitamin untuk setiap jenis rambut dan haruman kekal sehingga 48 jam berdasarkan ujian makmal.
Melengkapkan pupur rambut khusus untuk wanita bertudung ini adalah PENYEGAR KULIT KEPALA – SAFI SHAYLA diperkaya dengan 5x ganda manfaat Habbatus Sauda dan Mentol yang bertindak memberikan kesegaran kepada kulit kepala agar nutrisi rambut mendapat manfaat tersedia dan memberikan keyakinan serta rasa nyaman dingin dengan haruman yang kekal sehingga 48 jam berdasarkan ujian makmal walaupun seharian bertudung melewati agenda harian yang padat atau cuaca yang terik atau lembap.
SAFI SHAYLA memberikan definisi gaya terkini setiap selendang dengan reka bentuk produk berestetika moden dengan percikan palet warna ceria definisi setiap wanita SAFI SHAYLA – Penuh keyakinan, personaliti menarik dan mendukung kemuliaan diri disebalik “Shayla” mereka.
Lahirnya rangkaian yang menjadi pelengkap rohani dan jiwa setiap hawa ini adalah sebahagian daripada jiwa jenama SAFI itu tersendiri. Diperkenal kepada rakyat Malaysia pada tahun 80-an, SAFI menjadi sebahagian daripada kehidupan yang syumul sebagai pelopor jenama produk penjagaan diri, penatagayaan dan kecantikan halal tempatan. Merentasi skala masa dan kemajuan teknologi, jenama SAFI adalah pelengkap rohani dengan rangkaian produk yang berkualiti, inovatif sentiasa terkini dengan pusat penyelidikan dan pembangunan terbesar di Asia tanpa mengkrompomi kehendak syarak.
“SAFI bukan sekadar sebuah jenama untuk pengguna. Ia punya jiwa dan hubungan akrab serta kepercayaan seperti keluarga dan teman bersama para pengguna. SAFI SHAYLA adalah kesinambungan kembara cantik jenama ini dalam inovasi produk menzahirkan manfaat terkitab khasiat Habbatus Sauda yang menjadi santapan Junjungan Mulia Rasullullah S.A.W meriwayatkan 1001 manfaatnya untuk umat manusia kecuali apabila Izrail datang memanggil. Kami berbangga dan bersyukur kerana diberi ruang untuk memperkenalkan bukan sekadar syampu tetapi rangkaian lengkap produk penjagaaan rambut khusus untuk wanita bertudung”, jelas Pengurus Kanan Produk – SAFI, Nor Aziani Azizan.
SAFI SHAYLA adalah definisi generasi Wanita SAFI alaf ini. Kesinambungan formulasi khusus setiap jenis rambut serta personafikasi identiti tersendiri muslimah moden SAFI menjadi cetusan idea “Gaya Safi Shayla”. Personaliti generasi muslimah beridentiti dan berintegriti didalam kombinasi harmoni warna ceria SAFI SHAYLA di dalam empat busana GAYA SAFI SHAYLA lengkap berhijab sentuhan esklusif citarasa gaya tersendiri MIMPI KITA.
Biar apa pun gaya melitupi makhota peribadi agung wanita muslim moden kini! SAFI SHAYLA melengkapkan rohani dan jiwa hawa dengan santapan seadanya kerana jiwa yang terisi adalah kecantikan dan keyakinan hakiki. Teman barumu ini boleh didapati disemua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi terpilih.
Anda adalah aspirasi kami! Generasi baru wanita SAFI. Perhebat martabat hebat muslimah moden kini dengan berkongsi dan bina kejayaan kaum hawa di laman sesawang rasmi SAFI www.safi.com.my , laman Facebook rasmi SAFI www.facebook.com/SAFI.MY atau muat naik gaya keyakinan SAFI SHAYLA mu di laman instagram SAFI – @safimalaysia #safishayla