in

Safi Fair Beauty Kunci Keyakinan Anda

Ekstrak semulajadi AHA buah buahan, Vitamin B3 serta pelindung UV untuk raut wajah cerah, bermaya dan selembut kulit bayi.

Temui kunci keyakinan anda di dalam SAFI FAIR BEAUTY! Inovasi kecantikan terbaru daripada SAFI jenama halal nombor satu Malaysia ini memberikan manfaat pencerahan 8 kali lebih cerah sekelip mata seawal aplikasi pertama!

Kombinasi vitamin B3 dan dari ekstrak semulajadi buah buahan yang dirumus khusus dan diuji secara saintifik untuk memberikan kecerahan lapan kali lebih cerah sekelip mata! Lebih bermaya dan selembut kulit bayi.

Rangkaian Lengkap_SafiFairBeauty

[pullquote align=”right”]Safi Fair Beauty Kunci Keyakinan Anda. Manfaat pencerahan 8 kali lebih cerah sekelip mata![/pullquote]

Vitamin B3 mencerahkan kulit dengan mencerah daripada dasar kulit, memperlahankan pembentukan melanin untuk tona kulit sekata manakala AHA dari ekstrak semulajadi buah buahan mempercepatkan proses pembaharuan sel kulit bagi menyerlahkan kulit selembut dan sehalus kulit bayi. Ia juga melindungi kulit daripada radikal bebas dan sinar UV yang memudaratkan kulit. Rangkaian produk berfomulasi berasaskan air tidak berminyak dan melekit ini membuatkan ia meresap pantas untuk memberikan manfaat pencerahan lapan kali lebih cerah sekelip mata!

Produk yang mesti anda miliki ini hadir dengan reka bentuk ceria dan manis di dalam bungkusan moden lembayung warna merah jambu. Tiup lilin hari jadi yang ke 17 kamu dan bersedia untuk memiliki raut wajah mempesona yang cerah, bermaya dan selembut bayi!

Jangan terlambat! Berikut adalah kunci keyakinan setiap gadis SAFI yang hebat!:

i. Pembersih Pencerah SAFI FAIR BEAUTY 50g RM5.50
* Pembersih wajah bertindak membersih, mencerah dan memberi perlindungan UV. Diformulasikan daripada gabungan Natural AHA complex dari esktrak buah-buahan dan Vitamin B3, ia membersih sisa kotoran di samping melembap, melembut serta mencerahkan kulit dari dalam dengan menghalangkan kesan pembentukan melanin. Hasilnya, kulit lebih cerah, berseri dan tona sekata.

ii. Krim pencerah SAFI FAIR BEAUTY 50g RM7.40 / 80g RM10.40

* Krim pencerah wajah SAFI Fair Beauty bertindak mencerah dan memberi perlindungan UV. Menerusi gabungan Natural AHA kompleks dan Vitamin B3, ia membantu mempercepatkan pembaharuan sel sambil mencerahkan kulit dari dalam, di samping melembap dan melembut untuk menyerlahkan kulit sehalus bayi serta membuatkannya 8 kali lebih cerah sekelip mata*. Jika digunakan berterusan sepanjang 2 minggu, kulit tampil cerah berseri**.

*berdasarkan ujian makmal

**berdasarkan kajian ke atas 100 wanita Malaysia

Katakan Wow! Kepada diri kamu yang baru! Kongsikan kisah keyakinan ternyata manfaat 8 kali ganda serta merta SAFI FAIR BEAUTY di www.safi.com.my dan laman instagram SAFI dan kirimkan foto transformasi yakin dan ceria serta merta SAFI FAIR BEAUTY anda di #SAFIFAIRBEAUTY.

Krim Pencerah_SafiFairBeauty (2)Krim Pencerah_SafiFairBeauty (1)

Pemberish Pencerah Wajah_ SafiFairBeauty

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Koir Kebangsaan Kembara Muzikal Teater & Filem

Raqib Majid Perkenal Single Terbaru Bintang Syurga