Penyanyi muda berbakat besar Sabrina telah melancarkan single barunya yang berjudul Menangislah, lagu yang berunsur pop moden ini adalah hasil ciptaan composer muda yang sedang meningkat naik Aliff Hassan, Muluk & Seorang lelaki, Keluaran Hotsound Record dan AJ Music.
Penyanyi yang baru berusia 19 tahun ini bertuah kerana baru saja berjinak jinak dalam bidang nyanyian dia telah pun dilamar oleh syarikat rakaman Hotsound Record,
Hotsound Record yang sinonimnya melahirkan bakat bakat baru seperti (Tuah Adzmi, Lia Aziz, Yulia Kamelia dan ramai lagi) telah pun mendapatkan Sabrina untuk menjadikan artis terbaru mereka di tahun 2022.
Selain bernyanyi Sabrina juga seorang pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebanggsaan (Aswara) jurusan Vokal dan Piano, ini sedikit sebanyak membantunya untuk lebih bersedia untuk memasuki industri muzik tanah air, beliau juga pernah memasuki pertandingan pertandingan nyanyi dan sering mendapat tempat terbaik di sesebuah pertandingan nyanyian.
“Antara cabaran saya dalam rakaman lagu Menangislah ialah mempunyai perasaan yang gugup, oleh kerana ini adalah pertama kali saya memasuki studio rakaman yang profesional,
Selain itu proses mendapatkan penghayatan lagu juga antara salah satu cabaran paling besar untuk saya saya,
Menjiwai sesebuah lagu amat penting, supaya lagu yang dinyanyikan itu sampai di hati pendengar dan memberi kepuasan juga sebagai seorang penyanyi,
Dan di atas bantuan produser dan komposer saya telah pun berjaya merakamkan lagu Menangislah dengan baik dan saya amat berpuas hati bila mendengar hasil rakaman ini,”
– Sabrina
Sabrina berharap agar lagu ini dapat diterima baik oleh seluruh pencinta muzik tanah air di seluruh Malaysia, lagu Menangislah boleh didengari di seluruh digital platform muzik.