Mungkin ramai meneka dua orang pendatang baru, Sabhi Saddi dan Ana Raffali ini bercinta. Tapi mungkin secara kebetulannya, mereka dipasangkan di red carpet majlis gilang gemilang ini. Adakah benar mereka saling kenal mengenali?
Namun, kalau lihat pada gaya, mereka terlalu jauh berbeza kerana Ana Raffali sangat gemar memakai baju kurung sedangkan Sabhi Saddi pula mempunyai imej lelaki maskulin yang sangat urban.
Namun, kalau jodoh, tiada siapa yang tahu,
Persamaan mereka berdua mungkin kedua-duanya masih baru mahu bertapak dalam dunia seni suara. Cuma genre mereka berbeza. Sabhi Saddi yang kini terkenal dengan lagu Nadiku mahu dikenali sebagai penyanyi R&B manakala Ana Raffali yang tersohor dengan gaya santainya bermain gitar mahu membina empayar muziknya sendiri.
Dah dengan lagu Mekanika dan Hujan Bunga Di Kuala Lumpur dari Ana Raffali? Huh, nyata sekali gadis yang dulunya bercita-cita mahu jadi guru ini boleh pergi jauh kerana beliau juga genius mencipta lagu dan bermain alat muzik. Untuk kedua artis baru ini, selamat maju jaya.