Malah tanpa diduga kerjasama mereka ini memberikan simbolik tersendiri kerana nama Sabella sendiri mempunyai bunyi nama Ella. Semuanya bagaikan sudah tertulis kerana sejak tahun 2016 jenama Sabella mula mengorak langkah hingga dikenali, pasangan suami isteri, Mohd Sufian Sulaiman (Ketua Pegawai Eksekutif) dan Siti Fatimah Abd Samat (turut dikenali sebagai Siti Sabella dan juga sebagai pengasas) memilih untuk bermula dari bawah tanpa menggunakan pengaruh popular termasuk di kalangan artis.
Bagaimana kerjasama sulung Sabella dan Ella ini disifatkan sebagai ruang untuk terus melebarkan jenama itu ke peringkat yang lebih membanggakan. Nama Sabella sebenarnya diambil dan diilhamkan daripada nama anak kedua Sufian dan Siti Fatimah, Faiqa Salsabila.
Ella atau nama sebenar Nor Zila Aminuddin, 53, sendiri yang ditemui pada sidang media Sabella x Ella di The Love @ Matic, KL sendiri cukup optimis dengan kerjasama terjalin.
“Saya sendiri menyokong apa yang diusulkan Sabella yang bertujuan membantu masyarakat menceburi perniagaan sekali gus memberi variasi dalam pakaian muslimah dengan harga berpatutan dan mampu milik.
Ia seperti dakwah kecil saya dan jenama ini dalam menggalakkan wanita berpakaian menutup aurat.
“Proses berjalan dengan mudah kerana mengambil masa yang singkat. Ia bagaikan dirahmati dan dipermudahkan.
Jika selama ini mereka tular dengan baju tanpa gosok ingat Sabella, lepas ini ingat Sabella… jangan lupa mimpi Ella sekali okey,”
– Ella
Diusik dengan persoalan apakah beliau menerima bayaran lumayan untuk tugas sebagai duta jenama itu, Ella hanya tersenyum manja.
“Macam saya katakan tadi, matlamat dan visi Sabella cukup jelas dan itu sendiri sudah menjadi tarikan magnet untuk berlaku kerjasama ini.
Melihat anak muda yang ingin membantu masyarakat dan berdakwah dengan penghasilan baju Muslimah, ia sememangnya harus dicontohi oleh semua usahawan lain.
Apatah saya sendiri juga menceburi dunia perniagaan.
“Banyak perkara sebenarnya yang buat saya sendiri jatuh hati dengan Sabella. Namanya pun sudah dekat dengan nama Ella.”
“Rekaan yang dikeluarkan juga sangat cantik dan kemas, selain mampu dibeli buat semua golongan termasuk pelajar universiti,”
“Pendek kata sesuai untuk semua peringkat usia.”
“Bab bayaran itu, saya rasa tak perlu untuk dikongsi umum. Cuma jumlah yang dipersetujui membuatkan kedua dua belah pihak gembira,”
– Ella
Sementara itu, Mohd Sufian Sulaiman pula melihat pemilihan Ella seiring dengan penyanyi itu yang masih relevan hingga kini biarpun sudah lebih tiga dekad mewarnai pentas seni.
“Jenama Sabella juga mahu menjadi pilihan yang relevan sampai bila bila seperti Ella.
Kelompok peminat Ella sendiri bukan hanya daripada golongan dewasa, malah generasi muda turut mengaguminya.
“Begitu juga impian kami supaya dapat terus diterima dalam tempoh yang panjang.
Kontrak Ella bermula Februari lalu untuk tempoh setahun. Insya-Allah kerjasama ini akan diteruskan dari tahun ke tahun.”
– Mohd Sufian Sulaiman
Kata Mohd Sufian, pihaknya mula menyunting Ella pada akhir tahun lalu.
“Ella dilihat antara artis pilihan yang dapat membantu Sabella berkembang lebih maju ke hadapan.
Setelah mendapat persetujuan daripada semua pihak pengurusan Sabella, kami mula menghubungi pihak Ella pada Januari lalu.
Kami mula berjumpa untuk mengenali antara satu sama lain pada bulan lalu. Dalam pertemuan pertama itu, alhamdulillah maklum balas diterima sangat positif antara Sabella dan Ella.”
– Ella
Apa istimewanya Sabella berbanding jenama Muslimah lain?
“Seperti sedia maklum, Sabella merupakan pengeluar baju Muslimah tanpa gosok nombor satu di Malaysia.
Sabella bukan sahaja menjual pakaian Muslimah yang menepati cita rasa wanita Muslim bahkan turut membuka peluang perniagaan kepada suri rumah untuk menjana pendapatan dari rumah secara percuma.
Sehingga kini Sabella telah melahirkan tiga jutawan dan telah membantu hampir 13,000 orang untuk menjana pendapatan.
“Kami mensasarkan dengan memilih Ella sebagai duta dapat terus membakar semangat serta membantu rakyat Malaysia khususnya wanita untuk memakai pakaian Muslimah yang berkualiti dan berpatutan serta mampu melahirkan jutawan menjana pendapatan sekurang-kurangnya 60 orang jutawan pada ini
“Kami sentiasa mengalu-alukan dan membuka ruang menambah pendapatan dengan menggalakkan semua di luar sana untuk menyertai Sabella sebagai dropship secara percuma dan boleh terus Facebook Fanpage, Sabella.hq atau ikuti perkembangan di Instagram, @sabella_co,”
– Mohd Sufian Sulaiman
Info Menarik Sabella
Jenama pakai muslimah #1 di Malaysia yang bermula dengan hanya dengan sebuah mesin jahit sahaja. Sabella bermula dengan cetusan idea daripada pengasasnya iaitu Puan Siti Fatimah Abd Samat atau lebih dikenali sebagai Siti Sabella.
Sejarah Sabella bermula apabila sebuah keluarga kecil dari kampung berpindah ke bandar demi mencari sesuap nasi.
Akibat kesempitan hidup sebagai miskin bandar, Puan Siti Sabella bersama pengasas bersama Sabella iaitu Tuan Sufian Sulaiman terpaksa memberi anak mereka minum susu pekat manis sebagai ganti kepada susu biasa.
Puan Siti Sabella bertekad untuk membantu suami bersama-sama mengubah nasib mereka. Puan Siti pernah menjahit baju 100 pasang sehari sehingga jari tangan beliau bengkak teruk.
*Dengan tekad dan azam yang kuat, Pada tahun 2016, Puan Siti Sabella mula mengorak langkah menjalankan perniagaan secara serius dengan niat ingin membantu semua suri rumah yang senasib dengannya pada ketika itu.
Bermula secara kecil kecilan dengan hanya mempunyai 10 orang dropship yang terdiri daripada keluarga terdekat, Sabella kini berjaya memiliki 13,000 orang dropship dari seluruh Malaysia dan kilang sendiri berkeluasan 30,000 kaki persegi bagi menampung permintaan pelanggan yang sangat tinggi.
Sabella dikenali dengan tagline “#bajutanpagosok†telah menjadi viral di kalangan peminat fesyen muslimah di seluruh Malaysia. Baju Sabella sesuai untuk semua peringkat umur.
Sabella juga membuka peluang pada wanita di luar sana terutama suri rumah dan wanita berkerjaya sama-sama menjana pendapatan secara tidak langsung meningkatkan ekonomi keluarga dengan menyertai program perniagaan sebagai dropship secara PERCUMA.
Instagram: @sabella_co
Facebook Fanpage: @sabella.hq