Persembahan minggu pertama Da’i Pendakwah Milenia musim ketiga dipancarkan oleh D’herbs secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada hari Ahad yang lalu (23 Ogos 2015). Anak-anak didik bimbingin Murabbi Ustaz Elyas Ismail daripada kumpulan Ar-Rijaal iaitu Da’i Ariffin, Da’i Fuad, Da’i Hijrah, Da’i Hilman, dan Da’i Luqman menjadi kumpulan pertama membuka tirai persembahan minggu pertama ini.
Berikut adalah topik-topik tazkirah oleh para Da’i bagi persembahan minggu pertama:-
PESERTA | TAJUK |
Da’i Luqman
Nama Penuh: Luqmanul Hakim Bin Joohari Umur: 26 tahun Asal: Pulau Pinang Pendidikan: Diploma Syariah Undang-Undang Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang. |
Siti Yang Tabah
Seorang mujahidah yang perlu dicontohi oleh muslimah kini. Siti Hajar diuji oleh Allah SWT dengan ujian yang berat ketika beliau ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim AS (atas perintah Allah SWT) berseorangan bersama anaknya Nabi Ismail AS di Mekah yang masih belum membangun. Mengisahkan bagaimana Siti Hajar berusaha mencari sumber makanan & minuman.
|
Da’i Hilman
Nama Penuh: Muhammad Hilman Bin Fabli Umur: 23 Tahun Asal: Melaka Pendidikan: Diploma Tahfiz Quran Wal Qiraat Kolej Universiti Insaniah Kedah |
Sayap Kiri Khalifah
Menegaskan kepentingan seorang isteri di sisi suaminya. Apa yang diharapkan oleh seorang suami mithali terhadap isteri solehah?
|
Da’i Fuad
Nama Penuh: Ahmad Fuad Bin Mohd Mokhtar Umur: 20 tahun Asal: Selangor Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) |
Ramai Wanita Di Neraka
Seorang wanita amat mudah untuk masuk syurga, tetapi neraka juga merupakan tempat yang dihuni ramai wanita. Apakah antara tanggungjawab dan tugas wanita muslimah untuk melayakkan dirinya masuk syurga, dan apakah perkara yang memudahkan dia menjejaki neraka?
|
Da’i Hijrah
Nama Penuh: Muhammad ‘Asri Hijrah Bin Damni, Umur: 25 tahun Asal: Sarawak Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Keusahawan Universiti Utara Malaysia (UUM) |
Airmata Wanita
Air mata dan wanita tidak dapat dipisahkan. Namun, apakah kamu mengerti nilai air mata seorang ibu?
|
Da’i Ariffin
Nama Penuh: Muhamad Ariffin Bin Nordin, Umur: 21 tahun Asal: Kelantan Pendidikan: Sijil Tinggi Tarannum Darul Quran Jakim. |
#Hipokrit
Bergosip memang sinonim dengan wanita, dan ianya bukanlah satu perkara positif. Bagaimana gosip ini boleh bertukar menjadi sesuatu yang bermanfaat?
|
Bagi minggu pertama ini, pilihan untuk menyingkirkan peserta terletak di tangan murabbi mereka sendiri iaitu Ustaz Elyas, walaupun berat untuk dilakukan tetapi tanggungjawab itu tetap perlu digalas. Ternyata rezeki tidak memihak kepada Da’i Hilman apabila beliau menjadi peserta pertama meninggalkan pentas Da’i musim ini. Menyampaikan tazkirah bertajuk Sayap Kiri Khalifah, Da’i Hilman hanya memperoleh 63.6% markah keseluruhan, iaitu yang paling rendah berbanding rakan-rakannya yang lain. Apa yang pasti ianya tidak akan mematahkan semangat Da’i Hilman untuk meneruskan perjuangannya dalam medan dakwah kerana ini hanyalah permulaan buatnya.
Menurut Mursyid iaitu Datuk Ustaz Kazim Elias, untuk minggu pertama beliau berpuas hati dengan prestasi kesemua peserta apabila mereka tampil dengan penuh yakin dan mempunyai gaya persembahan tersendiri. Namun, masih ada banyak ruang untuk diperbaiki dan diperkemaskan lagi untuk persembahan mereka memberi impak yang menyeluruh kepada para penonton dan juga para juri.
Persembahan kelima-lima peserta malam tadi telah dinilai Ustaz Harryanto Rizal Rokman dan Ustaz Syarhan Safie selaku juri tetap dan Ustazah Asni Abu Mansor sebagai juri jemputan yang mewakili 70% markah keseluruhan. 20% lagi markah ditentukan oleh juri awam dan diantara mereka yang duduk di kerusi juri awam ialah Datin Nur Shahida Abdul Rashid, Da’i Wan (finalis Da’i musim kedua), Balqish Nona Manis, dan juga Azmil Mentor Legend. Bagi musim ini, 10% lagi markah lagi akan ditentukan melalui Taswit iaitu undian melalui media sosial.
Saksikan pula lima lagi persembahan oleh kumpulan An-Nisaa bimbingan Ustazah Dr. Robiah K. Hamzah pada minggu hadapan (30 Ogos) dengan topik yang berbeza. Da’i Pendakwah Milenia musim ketiga dipancarkan oleh D’herbs Holdings Sdn. Bhd bersiaran setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di TV3, saluran 103 dan siaran ulangannya pada hari Jumaat jam 10 pagi. Penonton juga dapat mengundi Da’i pilihan mereka dan menonton secara eksklusif persembahan para peserta, paparan-paparan istimewa yang tidak dapat dilihat di kaca televisyen di laman web rasmi Da’i musim ketiga iaitu www.tv3.com.my/dai. Ikuti juga laman sosial Facebook iaitu www.facebook.com/daitv3, Twitter dan Instagram untuk perkembangan lanjut Da’i musim ketiga ini di @tv3malaysia.