in

Rusdi Ramli, Rozita Che Wan dalam Drama Subjek

TELEMOVIE SUBJEK PAPAR KISAH TEKANAN SEORANG ANAK DI TV 1

Di dalam sesebuah institusi kekeluargaan, ibu bapa merupakan role model yang paling penting di dalam kehidupan seseorang anak semenjak mereka dilahirkan sehinggalah dewasa. Ada di kalangan mereka yang sungguh bernasib baik kerana mempunyai ibu bapa dan tinggal bersama-sama dalam suasana yang harmoni.
Namun, keadaan yang sebaliknya juga berlaku di dalam sesebuah institusi kekeluargaan.

Keadaan yang dimaksudkan ialah perpisahan yang berlaku di antara pasangan yang sudah tidak sehaluan dan secara tidak langsung akan memberikan kesan kepada anak-anak.

Subjek

Sehubungan dengan itu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan membawakan kepada anda sebuah drama berjudul Subjek yang penuh dengan pengajaran dan iktibar yang dapat kita hayati bersama.

Disiarkan mengisi slot Panggung Seri, Subjek dibintangi pelakon terkenal Rusdi Ramli, Rozita Che Wan, Muhd Fadzrin Danial, Zulkifli Zain dan Normala Omar ini bakal menemui penonton pada 25 Disember, 2010, jam 9 malam hanya di TV1 yang mengisahkan tentang Syafiq, anak kepada Cikgu Azli iaitu seorang guru yang amat disenangi oleh murid-murid SKTC.

Akan tetapi bagi Shafiq dia melihat bapanya seorang yang terlalu pentingkan pencapaian dan hanya akrab dengan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran.

Secara luarannya, Syafiq sememangnya dilihat seorang pelajar yang menumpukan perhatian setiap kali cikgu mengajar, menghadiri tuisyen pada sebelah petang dan menyambung rutin mentelaah pada sebelah malam. Namun pencapaiannya masih tidak menunujukkan peningkatan berbanding dengan abangnya Ikhwan yang merupakan murid cemerlang dan bersekolah di sekolah berasmara penuh.

Di rumah pula, Syafiq kerap dileteri oleh Liza, ibunya. Liza meradang bila melihat nota-nota yang cikgu tinggalkan dibuku Syafiq yang semuanya memberikan gambaran yang negatif. Liza beranggapan Syafiq tidak serius belajar dengan bersikap sambil lewa. Ini membuatkan Syafiq semakin tertekan. Akibatnya Syafiq semakin gemar bersendirian. Dia sentiasa cuba mengelak dirinya dari bertembung dan bercakap dengan Liza.

Semakin hari, Liza semakin tidak tahan dengan sikap Syafiq dan setiap kali itulah Liza akan menghubungi suaminya untuk berbincang masalah Syafiq. Namun lazimnya ianya akan berakhir dengan pertengkaran. Liza dan suaminya saling salah menyalah kerana gagal mendidik Syafiq.

Sikap Syafiq sebenarnya mula berubah bila Liza dan suaminya, Cikgu Azli mengambil keputusan untuk tinggal berasingan sejak 2 tahun yang lalu walaupun masih mempunyai ikatan suami isteri. Syafiq terus menjadi mangsa leteran mama dan ayahnya dan mereka kerap bertengkar dan menyalahkan antara satu sama lain menjadi sebab kepada kemerosotan Syafiq dalam pelajaran.

Kecewa dengan apa yang dia lalui, Syafiq sering dilihat duduk bersendirian dan mula mencatatkan luahan hatinya di skrin komputer. Semenjak dari saat itu, Cikgu Azli kerap menerima email daripada seseorang yang meggelarkan dirinya sebagai ‘Subjek’.

Siapakah ‘Subjek’ di dalam drama ini? Untuk mengetahui kesudahannya, saksikan drama Subjek pada 25 Disember, 2010 ini jam 9 malam menerusi TV1.

Subjek

Subjek

Subjek

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ida Nerina & Shahrin Bercerai Talak Satu

BIO Channel Siar Bio. Beat: Sudirman Arshad