in , ,

Rusdi Ramli Akui Bimbang, Tga Bulan Tidak Dapat Tawaran Berlakon 

Pelakon Rusdi Ramli mengakui bimbang kerana sudah lama tidak mendapat tawaran berlakon selepas kali terakhir menjalani penggambaran drama tiga bulan lalu.

Bahkan, pelakon berusia 52 tahun itu turut risau kerana tidak mempunyai sumber pendapatan lain selain kemahirannya untuk berlakon.

Rusdi berkata, dia sendiri pelik kerana sudah lama tidak menerima tawaran berlakon daripada mana-mana produksi atau pengarah.

“Saya sudah lama tidak bekerja (berlakon). Agak pelik juga sudah tiga hingga empat bulan saya tidak berlakon.

“Saya sendiri tidak faham. Kali terakhir saya berlakon di bawah arahan pengarah Suhaimi Lua kira-kira tiga bulan lepas.

Manakala untuk filem pula, kali terakhir saya memegang watak besar menerusi Tanda Putera pada tahun 2013,”

– RUSDI RAMLI

Ditanya sama ada dia berkecil hati atau tidak dengan situasi yang dialaminya hari ini, anak kepada pelakon veteran, Norlia Ghani itu berkata dirinya tidak terasa hati, namun cuak kerana tidak mempunyai pekerjaan.

“Saya tidak berkecil hati. Tapi saya cuak sebab sudah lama tak ada kerja. Saya tidak ada pendapatan lain selain daripada berlakon. Itu masalahnya. Nak berniaga saya tak pandai sangat,” jelas Rusdi.

Rusdi yang juga merupakan seorang pengarah berkata, sama ada berlakon dan juga mengarah, kedua-duanya menyeronokkan dan mempunyai cabaran tersendiri.

“Mengarah dan berlakon dua benda yang berbeza. Namun kedua-duanya menyeronokkan dan ada cabaran yang berbeza.

“Kalau tawaran untuk mengarah datang dulu, saya akan mengarah. Tapi kalau tawaran untuk berlakon datang sebelum mengarah, saya akan berlakon.

“Tapi saya kena sedar putarannya sebagai anak seni. Mereka yang berada dalam industri ini akan lalui benda yang sama,”

– Rusdi Ramli

Rusdi yang ditemui ketika majlis sidang media Animasi Epik Tun Teja di sini, semalam bagaimanapun bersyukur apabila masih lagi diingati sebagai pelakon dan tetap mendapat tawaran walaupun hanya dijanjikan dengan mulut.

“Drama akan datang ada. Cuma hanya janji mulut sahaja. Yang tertangguh pun banyak juga. Apa yang saya tahu, sesetengah mereka takut untuk panggil saya berlakon mungkin kerana menganggap saya tidak lagi berminat selepas menjadi pengarah.

“Mungkin sebab persepsi. Tapi alhamdulillah, kebanyakkannya masih lagi bertanya sama ada sama masih berlakon atau tidak.

“Nak kata saya eksklusif pun, pasaran di Malaysia kecil tidak seperti di Hollywood. Kalau setakat drama Melayu, tak perlu nak eksklusif sangatlah,”

– Rusdi Ramli

Bercerita tentang penglibatannya dalam Animasi Epik Tun Teja yang masih lagi dalam rangka perbincangan, Rusdi berkata dia tidak pasti lagi sama ada dia akan ditawarkan watak dalam animasi tersebut yang akan menggunakan suaranya.

Namun, dia berharap dapat diberi peluang untuk turut sama dalam filem animasi tersebut yang dijangka bakal di tayangkan pada 2024 nanti. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

GAYA HIDUP

Kolaborasi Nelissa Hilman & Wasis Studio Hasilkan Koleksi Seed(Pods) 2022

NASHA AZIZ

Filem Seram Talbis Iblis Gandingan Pertama Azira Shafinaz & Nasha Aziz