Kontroversi penarikan diri daripada pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik Ke-38 (SFMM38) akhirnya terjawab apabila penyanyi dan komposer Kmy Kmo memperjelaskan punca lagu Budi tidak dipertandingkan.
Kmy atau nama sebenarnya Lukmanul Hakim, 34, berkata keputusan itu dibuat bersama rakan komposer iaitu Luca Sickta selepas berbincang dengan pihak pengurusan mereka, Universal Music Malaysia.
Kata Kmy, ini selepas mereka mendapati terdapat beberapa terma dan syarat pertandingan yang dirasakan tidak adil dan memutuskan untuk tidak masuk bertanding.
Menurut sumber yang diperik dari mStar, pihak Universal memaklumkan ada beberapa terma dan syarat di dalam kontrak pertandingan untuk ke peringkat separuh akhir tidak dipersetujui.
“la menyentuh tentang hak cipta lagu kami yang dirasakan tidak berapa adil sekiranya kami terus bertanding.
– Kmy
“la menyentuh tentang hak cipta lagu kami yang dirasakan tidak berapa adil sekiranya kami terus bertanding.
“Maka saya dan Luca memutuskan untuk menarik diri, demi menjaga hak karya kami,”Â
Dalam pada itu, Kmy memberitahu keputusan itu juga dicapai selepas dipersetujui oleh rakan duet mereka iaitu penyanyi Sufian Suhaimi.
“Selepas keputusan dibuat daripada pihak saya dan Luca selaku penulis dan komposer lagu Budi, kami memaklumkan terus kepada Sufian.
– Kmy
“Alhamdulillah, Sufian juga memahami tentang situasi yang berlaku,”Â
Bagaimanapun penyanyi itu tidak menjelaskan secara terperinci mengenai keputusan dibuat sebaliknya hanya berterima kasih kepada peminat.
Untuk info, Budi merupakan lagu ciptaan Kmy Kmo dan Luca yang dinyanyikan bersama Sufian yang layak ke peringkat SFMM38 bersama 29 lagu lain.
Sebanyak 12 lagu berjaya melayakkan diri untuk bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu yang dijangka berlangsung Mac tahun depan.