Dalam satu kenyataan dikeluarkan Astro, pengunduran Kak Lina itu disebabkan hal peribadi dan pihak Astro menghormati keputusan tersebut.
“Dengan rasa berat hati Astro dan Kak Lina (Elly Mazlein) ingin mengumumkan pengunduran Kak Lina dari program All Stars Gegar Vaganza atas hal-hal peribadi. Walaupun berasa sedih, pihak Astro menghormati keputusan yang diambil.
– Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad.
“Pihak Astro ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kak Lina atas kesungguhan dan komitmen yang diberikan sepanjang siaran All Stars Gegar Vaganza.
“Pastinya para peminat Kak Lina masih berkesempatan untuk menonton personaliti yang disayangi ramai menerusi program-program Astro yang akan datang,â€
Sementara itu, Kak Lina turut memohon maaf tidak dapat meneruskan tugasnya untuk mengacarakan program tersebut serta mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokongnya.
“Kak Lina ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong Kak Lina sepanjang siaran All Stars Gegar Vaganza. Sesungguhnya Kak Lina amat menghargainya.
– Kak Lina
“Insya-Allah, kita doakan rancangan All Stars Gegar Vaganza terus berjaya dan Kak Lina berharap agar peminat-peminat kekal menyokong semua bintang GV yang bertanding,â€