Ampang Park, salah sebuah pusat membeli belah paling tua di Malaysia bakal dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan Stesen Mass Rapid Transit (MRT) Ampang Park. Budiey pun terkejut apabila mendapat tahu Ampang Park akan dirobohkan. Ya, 44 tahun dalam kenangan. Selamat tinggal Ampang Park!
Apa kenangan korang kat Ampang Park ni?
Budiey pernah lepak kat sini masa zaman belajar di universiti dulu-dulu. Masa tu Suria KLCC dah ada tapi Ampang Park juga tak ketinggalan untuk disinggahi sebab di sinilah lokasi beberapa filem 90-an antaranya TIADA ESOK BAGIMU.
Menurut laman web Ampang Park Shopping Centre, pusat membeli-belah itu merupakan idea daripada Low bersaudara berikutan kejayaan mereka dalam pembinaan Taman Rakyat, iaitu pusat membeli-belah yang pertama di Singapura.
Dibina oleh Low Keng Huat Brothers Realty Sdn Bhd pada bulan Mac 1973, Ampang Park Shopping Centre adalah salah sebuah pusat membeli-belah perintis di Malaysia yang menukar tabiat membeli-belah rakyat Malaysia.
Ampang Park Ditutup, Netizen Luah Perasaan Nostalgia dan Kecewa
Adam Salleh
Terlalu banyak memori di sini, namun kini Ampang Park kian dimamah sepi + menanti detik dirobohkan tidak lama lagi ! Bagi kami budak-budak KL sebelum muncul Campbell & Pertama Compleks, inilah kompleks pertama dibina di Kuala Lumpur pada 1973, ada panggung wayang, mainan kereta langgar & pelbagai premis serbaneka, aras bawah ada salun Razis (popular di kalangan artis era 80an, ada premis wife dolu2 Azmil Mustapha, kedai bunga PR artis, Jai Johari (aku selalu gak lepak ngan Jai dolu & pernah hantar Hussein Abu Hassan balik ke Gombak dari Ampang Park kerana seniman itu pun gemar melepak kedai Jai), di Ampang Park juga ada doktor gigi orang Jepun cukup terkenal yang merawat gigi ayah & ibuku (Salleh Ghani & Raja Hamidah) & tak lupa pernah aku buat liputan (sebelum join Harian Metro pada 1991) konsert Sudirman di Ampang Park (kelibat Razak Mohaideen (kini Datuk aka Prof.serba tahu) pun ada, dia “practical” buat liputan utk Berita Harian ketika itu, filem Jins Shamsuddin pon pernah shooting guna lokasi Ampang Park, begitulah fitrah kehidupan tiada yang kekal di dunia ini kecuali Yang Maha Perkasa. Bye Bye Ampang Park #byebyeampangpark #memoriampangpark #kualalumpurmalaysia
Neves Pretty Ugly
Sedari kecil Ampang Park ni banyak kenangan aku kat sini. Umurnya sebaya aku. Kalau dulu masa Syawal, dapat je duit raya aku ke sini bersama kawan2 atau abang2. Nak main game kat arcade ataupun main lompat2 mcm kt Jump Street yg sekarang budak2 gilakan tu. abis duit aku ilang sebab lompat tak ingat dunia. Duit dalam kocek semua melambung. Nasib baik ada member yg bayar tambang bas balik ke rumah. Main keta langgar pun best jgk kat sini. Huhu.
Kat sini ada Hankyu Jaya (dulu kami panggil hantu raya). Aku ke sana nak beli keta mainan atau action figure yang murah2. Sebelum Hantu Raya, nama dia Emporium. Satu lagi kat sini yang orang suka ialah kedai makan dia. Ada satu kedai yang sedap. Cozy Corner namanya. Aku makan kt kedai ni bila dah stat keja. Maklumlah dulu takde duit. Nk ajak mak abah makan sini, takut tak cukup duit pulak. Kami adik-beradik ramai. Dalam 7 orang semua.
Ampang Park juga terkenal sebab butik pakaian baju melayu/kurungnya. Bila time nak raya je, mesti berduyun-duyun orang serang. Design dia bole tahan. Aku sampai sekarang kalau nak beli baju melayu, mesti kat sini aku carik.
Dulu kalau nak beli kaset, aku selalu ke sini. Love Music ni lah port aku beli kaset. Ingat lagi aku beli album ‘Mariah Carey & Kenny G Live’ kat sini.
Tapi itu dulu. Sekarang Ampang Park dah nak kena roboh. Kata diorang, nak bikin MRT stesen. Macam takde tempat lain je nak bikin. Dah puas persatuan pekedai kat sini protes. Tapi akhirnya mereka akur jua. Kesian. Bisnes yang dah lebih 40 tahun terus kena tutup. Oh ya, kalau korang nak tau..Ampang Park ni adalah shopping mall pertama di Malaysia.
Ini gambar2 yang aku ambik tadi tengahari. Buat kenangan sebelum dia dirobohkan. So sesiapa yang nak ke sini, datanglah sebelum Disember abis. Tahun depan pekedai dah kena keluar.
Goodbye Ampang Park. See u in another life #bilanevesbebel #pleasesaveampangpark #memorylane #moments #ampang #jalanampang #ampangpark #binjai #budakampang #theadventurelifeofneves @ Ampang Park
Khawal Chou
Selamat tinggal ampang park buat selamanya…..banyak kenangan dulu masa kecil abam #carleed™ selalu teman arwah nenek n atuk pergi buat gigi kat sini,beli baju raya family,my bestie @izat ashraf belanja mcd,masa kerja corus selalu teman my bestie @miznoein beli baju kurung vogue2 dia dan sempat buat kejutan birthday umur abam carleed 25 tahun,masa tengah tunggu @doubletreekl siap selalu makan dengan chef @faizalmatisa kat selasih,masa kat hkl makan KFC or pizza dengan @sahrul_thunder n geng,makan dengan @zarithizdanelishak @cikguzach @cikguhasnan….. @caddy_qadira …..now semuanya jadi kenangan abadi akan dirobohkan setelah 44tahun megah shopping mall pertama kl..apa kenangan korang???.. #kenangankc #kcleisure #byeampangpark #cozycorner
Omar Hashim Omara
AMPANG PARK – dgn sedihnya kau nak dirobohkan. Inilah tempat laluan saya masa pi dan balik kerja tahun 1973 dulu. Di sini saya mula nampak logo KFC terpampang besar. Pada masa tu bagi saya Ampang Park adalah bangunan pasaraya yg paling hebat. Saya turun dan tunggu bas di depannya. Kini tinggal kenangan.
Iz Sulaini
Oh no! Not My Ampang Park! The first mall in Malaysia! Growing up, I used to come here all the time for TWO things. Cozy Corner & Toy R’Us located inside Hankyu Jaya. My dad would bring my sister and I to pick one piece of toy EVERY week to console us because we would cry (And I would start bangin’ my head against the wall) everytime mom had to go to a meeting. We love Cozy Corner for their nyummy food and their amazing stuff who worked there for more than 18years and some of them are still there!
Nahar Efendy Noordin
AMPANG PARK, shopping centre yang pertama dibina di Malaysia akan dirobohkan dan jadi kenangan. Permohonan kebenaran rayuan sebahagian pemilik2 Ampang Park Shopping Complex terhadap pengambilan tanah Ampang Park utk projek MRT ditolak oleh Mahkamah Persekutuan sebentar tadi… mereka terima keputusan tersebut. Berakhir sudah perjuangan sebahagian pemilik2 Ampang Park mempertahankan Shopping Centre yg pertama di Kuala Lumpur yg begitu iconic. Ianya juga bermakna proses pengambilan tanah di teruskan dan Bangunan Ampang Park akan dirobohkan bagi pembangunan projek MRT dan bangunan komersial.
Tinjauan mendapati sehingga hari terakhirnya, Ampang Park masih menjadi tumpuan warga kota walaupun kunjungan mereka bukan sekadar untuk membeli-belah tetapi rata-ratanya datang bagi mengimbau kembali kegemilangan kompleks beli-belah tertua negara itu.
Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin yang turut kelihatan berlegar di kompleks beli-belah itu berkata Ampang Park begitu signifikan kerana ia banyak membantu golongan Bumiputera terutama Melayu dalam perniagaan mereka.
“Hari ini (Ahad) merupakan hari terakhir kompleks ini beroperasi, memang saya agak sedih kerana saya selalu ke sini untuk mencari barang keperluan.
“Bagaimanapun pembangunan harus diteruskan seiring dengan arus pemodenan negara,†katanya.
Ampang Park dibina pada 1972 dan dibuka kepada orang awam pada 15 Mac 1973, menjadikannya kompleks beli-belah pertama di negara ini dengan keseluruhan 250 lot premis yang menjual pelbagai jenis barangan keperluan selain perkhidmatan untuk warga kota.
Kompleks berkenaan akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan stesen Transit Aliran Massa (MRT) Ampang Park.
Dalam pada itu, restoran McDonald’s di Ampang Park, di sini pada Ahad tidak melepaskan peluang mencipta kenangan manis bersama pelanggannya sebelum ia ditutup selamanya bermula hari ini.
Restoran berkenaan yang telah beroperasi di kompleks beli-belah itu hampir tiga dekad, menutup sejarahnya dalam suasana cukup meriah dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti persembahan busker, lukisan muka, gubahan belon dan sesi fotografi.
Pengarah Kanan Pemasaran, Komunikasi dan Penyelidikan McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata pelanggan boleh mencipta memori baharu di McDonald’s yang baru dibuka di Intermark, di Jalan Tun Razak di sini.
“Restoran yang dibuka sejak seminggu lepas kini menawarkan suasana moden buat pelanggannya iaitu dengan konsep teknologi baharu dan perkhidmatan pelanggan yang inovatif.
“Antaranya pelanggan kini boleh membuat pesanan sendiri di kiosk layan diri, cara ini memudahkan dan mampu mengurangkan masa menunggu tanpa perlu beratur panjang,†katanya semasa merasmikan majlis penutupan McDonald’s Ampang Park di sini, pada Ahad.
Beliau berkata pelanggan yang bekerja atau tinggal di kawasan berhampiran Ampang Park masih boleh mendapatkan hidangan McDonald’s tanpa perlu berjalan jauh.